Page 169 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 169
Seulas Pinang
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta mempunyai peranan
dan tanggung jawab yang tidak kurang pentingnya jika
dibandingkan dengan institusi pengajian awam.
Pengurusan dan pengoperasian yang mantap serta
penawaran kursus yang bersesuaian dengan permintaan
semasa menjadikan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
sebagai tumpuan untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Justeru,
amatlah penting bagi Jabatan Pendidikan Tinggi memastikan pengawalseliaan dan
penguatkuasaan terhadap institusi-institusi ini adalah berterusan bagi memastikan kualiti
perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan adalah terjamin.
Semua pegawai yang melaksanakan tugasnya perlu memahami tatacara yang sesuai dan
tepat supaya tugas yang dilaksanakan tidak terpesong daripada peruntukan perundangan
yang berkuatkuasa. Selaras dengan itu, bagi memastikan kecekapan dan peningkatan
prestasi berganda selaku organisasi penguatkuasaan, Kompendium Pemeriksaan dan
Penyiasatan, Pengkompaunan dan Pendakwaan telah dihasilkan dan diterbitkan.
Kompendium ini merupakan panduan kepada pegawai penguatkuasa untuk mengambil
tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan Akta 555 dan peraturan-peraturan di
bawahnya.
Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat yang telah berusaha
untuk menjayakan penghasilan Kompendium Siasatan, Pengkompaunan dan
Pendakwaan. Semoga pembangunan dan penerbitan kompendium ini boleh
dimanfaatkan oleh semua pihak di Jabatan Pendidikan Tinggi.
YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman
Timbalan Ketua Pendaftar
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi