Page 173 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 173
PENDAKWAAN
1.5 Manual ini turut mengandungi Panduan Pendaftaran
Pengguna Sistem E-Filing (EFS) di bawah e-Kehakiman
untuk tujuan pendaftaran Pentadbir Sistem dan Pengguna
Sijil Digital di JPT dan tatacara pendaftaran kes di
mahkamah menggunakan sistem EFS.
2 LATAR BELAKANG
2.1 Aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan berdasarkan 99
Seksyen yang diperuntukkan di dalam Akta 555 dimana
terdapat 29 kesalahan yang boleh dikenakan tindakan
kompaun dan 7 kesalahan yang dikategorikan sebagai
kesalahan yang membolehkan tindakan pendakwaan.
Selain itu, kegagalan pihak Orang Kena Kompaun (OKK)
melunaskan bayaran tawaran kompaun juga boleh
membawa kepada tindakan pendakwaan di mahkamah.
2.2 Perkara 145 Fasal 3 di dalam Perlembagaan Persekutuan
telah memberi kuasa kepada Peguam Negara dalam
menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di
mahkamah kecuali Mahkamah Syariah. Namun begitu,
Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah
menggariskan bahawa kuasa pendakwaan juga boleh
diturunkan kepada TPR yang dilantik. Sehubungan itu,
mana-mana pegawai di dalam Jabatan Kerajaan boleh
diberi kuasa di bawah Seksyen 377 KPJ [Akta 593] bagi
menjalankan pendakwaan di mahkamah.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 2