Page 170 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 170

Setitis Tinta






               Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

               Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
               kerana Kompendium Siasatan, Pengkompaunan dan
               Pendakwaan       telah    dapat    dibangunkan      dan
               diterbitkan dengan jayanya.

               Sejajar dengan pindaan Akta 555 dan Peraturan-peraturan di  bawahnya, pegawai
               penyiasat  perlu sentiasa dibekalkan dengan  maklumat yang tepat supaya tindakan
               perundangan yang diambil adalah berkualiti. Kompendium ini merupakan salah satu
               medium yang membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan dan  membekalkan
               maklumat berhubung proses siasatan, pengkompaunan dan pendakwaan yang lengkap
               supaya tindakan  penguatkuasaan yang dilakukan adalah seragam, betul  dan lebih
               sistematik serta berkualiti.

               Semoga dengan penerbitan kompendium ini dapat  memberi kefahaman yang sama
               kepada semua pegawai dan staf  di Bahagian ini khususnya pegawai penyiasat.
               Kompendium ini juga bukan sahaja membantu pegawai penguatkuasa malah menjadi
               bahan rujukan kepada pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Tinggi berhubung aktiviti
               penguatkuasaan.

               Saya  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
               pegawai Seksyen Penguatkuasaan  di atas  usaha  merealisasikan penerbitan
               Kompendium Pemeriksaan dan Penyiasatan, Pengkompaunan dan Pendakwaan ini.




               Dr. Wan Baharudin bin Wan Mahmood
               Pendaftar
               Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
               Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175