Page 20 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 20
KEGIATAN KOKURIKULUM
Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan
Kegiatan Kokurikulum adalah tugas rasmi.
PELAWAT
Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan.
KEBERSIHAN
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
pelajar.
Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan ditempat
yang selamat.
Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik
kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah
samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
pihak sekolah.
Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa
cuti hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar dan direkodkan.
Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu
atau waktu cuti hendaklah bersama guru.
20