Page 19 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 19

KUNCI

                     Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah.


                     Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat
                       kebenaran daripada Guru Besar.

                     Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat
                       pentadbiran sekolah.




               ARAHAN DAN PEKELILING

                     Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
                       dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan
                       di dalam fail khas.

                     Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru
                       hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan
                       diambil.



               TANDA NAMA


                     Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari
                       persekolahan dan  majlis rasmi disekolah / diluar sekolah.




               BUKU STOK / INVENTORI

                     Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok /
                       inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
                       lengkap dan  sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa  ke semasa
                       oleh Guru Besar/  Penolong Kanan.



               MEMBELI BARANG


                     Guru/Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran
                       Guru Besar dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman berserta
                       dengan sebut harga asal daripada pembekal.

                     Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat
                       sokongan daripada Penolong Kanan  sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

                     Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan.

                     Segala invois mesti ditandatangani oleh guru / Penyelenggara Stor yang menerima
                       dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

                     Guru Besar tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.
                                                                                                                19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24