Page 14 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 14
ARAHAN AM
Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca,
memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata – mata.
Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip –
prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan- TEAM (Together
Everyone Achieve More)
KEDATANGAN
Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik
sekolah.
Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 20 minit
sebelum waktu persekolahan bermula.
Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar. Guru juga mestilah
memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu
ganti dapat disediakan.
Waktu persekolahan :
Hari Masa
Ahad 7.30 pagi - 1.20 petang
Isnin 7.30 pagi - 1.20 petang
Selasa 7.30 pagi - 1.20 petang
Rabu 7.30 pagi - 1.20 petang
Khamis 7.30 pagi - 1.20 petang
Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan
Rujukan
14