Page 16 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 16

BILIK GURU/BENGKEL

                     Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab
                       semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru/ bengkel.

                     Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.

                     Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/bilik rehat semasa tidak mengajar di
                       kelas. Masa ini hendaklah  dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan bukannya
                       ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru/ bilik
                       rehat untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
                       sahaja. Guru yang terakhir keluar dari bilik guru/ bilik rehat perlulah memastikan
                       lampu,kipas  dimatikan.

                     Guru yang berada di dalam bilik guru/ bilik rehat hendaklah sama-sama
                       bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
                       ketenteraman mana-mana pihak.




               TUGAS

                     Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas
                       khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan
                       bertanggungjawab.

                     Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri
                       mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan
                       sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran
                       Guru Besar. Jika tugas itu  terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan
                       bersama, maka ia mesti sampai kepengetahuan Guru Besar.

                       Rujukan


                     Surat perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah

               E-BRM


                     Semua guru bertanggungjawab menyiapkan  rekod  mengajar kerana ianya
                       merupakan SKT setiap guru.

                     Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.


                     Rekod mengajar ini hendaklah diserahkan secra online pada hari Khamis atau hari
                       akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan oleh guru besar/penolong kanan.










                                                                                                                16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21