Page 15 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 15

KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

                     Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
                       persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
                       arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru
                       Besar/Penolong Kanan

                     Guru dan staf dikehendaki mengisi buku/borang keluar kawasan sekolah di  pejabat
                       sekolah dan dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.
                       Sila isikan waktu balik dari urusan selepas balik.

                     Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum
                       meninggalkan sekolah.

                     Guru Besar tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku
                       terhadap mana-mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana
                       pegawai yang diberi kuasa.



                PAKAIAN


                     Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan.

                     Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja.

                     Berpakaian kemas diluar waktu persekolahan.

                     Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan.

                     Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti
                       seumpamanya.

                     Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan
                       sokongan yang beruniform perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan.

               Rujukan



               Peraturan pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan)





                                                                                              pakaian guru ketika
               bertugas disekolah)









                                                                                                                15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20