Page 18 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 18
Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh
menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai
perubatan kerajaan.
Guru/Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya
mendapat cuti sakit.
Rujukan
Perintah Am Bab C
Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan
Cuti Sakit
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka. Juga
diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang
lain.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
wujud di sekolah ini.
Rujukan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh 30
April 2003
JADUAL WAKTU
Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri.
Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar.
JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda
pada setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama.
Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu
bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.
Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK HEM.
18