Page 20 - BUKU PENGURUSAN SKTB 2019
P. 20
PERATURAN AM
1. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.1 Bahagian kulit luar jika dibalut, sila tuliskan nama guru dan nama kelas serta kod individu
seperti yang diarah bagi memudahkan penyeliaan.
1.2 Lengkapkan butir-butir peribadi, jadual waktu kelas, analisa dan jadual waktu peribadi.
1.3 Rancangan Pelajaran Penggal / Tahunan hendaklah disediakan dengan kemas mengikut
susunan yang dirancang oleh guru sendiri dengan berpandukan kepada sukatan dan peraturan
pelajaran yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh panitia mata pelajaran.
1.4 Rancangan Pelajaran hendaklah dihantar ke pejabat pada tiap-tiap hari Jumaat atau hari akhir
minggu berkenaan. Guru Besar / Pk akan membuat penyemakan.
1.5 Rekod prestasi bagi mata pelajaran dilengkapkan pada tiap-tiap minggu.
1.6 Rekod profil bagi pertengahan tahun dan akhir tahun hendaklah disediakan dengan sempurna.
1.7 Semua kenyataan dan ruangan yang disediakan dalam Buku / Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran hendaklah dilengkapkan.
2. JADUAL KEDATANGAN
2.1 Penuhkan butiran di bahagian kulit luar, jika dibalut tuliskan nama guru dan nama kelas.
2.2 Semua kenyataan dan ruangan yang disediakan dalam Buku / Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran hendaklah dilengkapkan.
2.3 Nama murid, nama bapa dan nombor rekod masuk hendaklah dibuat dengan cermat supaya
tidak berbeza dari satu bulan ke bulan yang lain.
2.4 Nama murid ditulis mengikut susunan abjad, dengan merujuk kepada panduan mengisi Jadual
Kedatangan Murid yang terkandung dalam Buku Rekod tersebut.
2.5 Kedatangan harian ditandakan pada tiap-tiap hari persekolahan. Buku Jadual kedatangan
dihantar ke pejabat setiap hari persekolahan. Buku Jadual kedatangan dihantar ke pejabat
setiap hari tidak lewat daripada pukul 8.30 pagi.
2.6 Bilangan murid yang tidak hadir dicatatkan dengan sempurna.
2.7 Tiap-tiap akhir bulan Jadual Kedatangan hendaklah ditutup perkiraannya.
2.8 Lengkapkan bahagian yuran yang dipungut. Catatkan nilai bayaran dan nombor resitnya.
2.9 Semua arahan / panduan yang disediakan pada kulit dalam Jadual Kedatangan hendaklah
dipatuhi.
SK TELUK BULOH, 2019 18