Page 22 - BUKU PENGURUSAN SKTB 2019
P. 22

6.      JADUAL WAKTU

               6.1     Sediakan  jadual  waktu  kelas dan  peribadi,  dalam tiga  salinan : 1 salinan  untuk peribadi, 1
                       salinan untuk rekod  PK dan 1 salinan untuk rekod pejabat / GB.

               6.2     Sesalinan  jadual waktu hendaklah diserahkan  tidak lewat  dari  minggu pertama persekolahan
                       dibuka atau apa-apa perubahan / pindaan yang dilakukan  hendaklah dikemaskini dari semasa
                       ke semasa.

               6.3     Jadual  waktu   kelas disediakan  sebesar  sekeping  manila kad, dilekatkan  di tempat tertentu
                       untuk rujukan  semua pihak.

               7.      WANG YURAN PERSEKOLAHAN DAN LAIN-LAIN.

               7.1     Guru  Kelas  adalah  bertanggungjawab  dalam  kutipan  yuran  dan  juga lain-lain kutipan yang
                       diluluskan oleh pihak sekolah.

               7.2     Bayaran yuran  oleh murid hendaklah diberikan resit dengan seberapa  segera  dan  dicatatkan
                       dalam Jadual Kedatangan.

               7.3     Wang  yang  telah  dikutip  hendaklah  diserahkan  kepada  Guru  Besar atau  wakil dengan  segera /
                       Mengikut  jadual  penyerahan iaitu  pada  hari  Selasa  / Khamis  sebelum  jam 12.00 tgh  bagi
                       memudahkan pengurusan kemasukan dalam bank.

               7.4     Buku   resit   yuran   hendaklah disimpan  dengan baik  supaya  tidak  berlaku  kehilangan dan
                       serahkan kepada Guru Besar / wakil apabila  semua kutipan  disempurnakan. Guru  pemungut
                       bertanggungjawab sepenuhnya terhadap resit di bawah jagaannya.

               8.      AM

               8.1     Berusaha memajukan pelajaran murid.

               8.2     Berusaha menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah dan sekolah.

               8.3     Menjalankan aktiviti darjah dan sekolah.

               8.4     Menguruskan Pinjaman Buku Teks dan RMT.

               8.5     Berpakaian kemas yang sesuai serta mematuhi peraturan pakaian semasa menjalankan tugas.

               8.6     Sentiasa menggunakan bahasa  dan geraklaku yang baik.

               8.7     Guru  sentiasa  bersama  murid semasa sesuatu  pelajaran  sedang  dijalankan sama ada dalam
                       darjah atau luar darjah.

               8.8     Jalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna  tanpa menunggu arahan.

               8.9     Semua guru dikehendaki hadir dalam setiap perhimpunan  sekolah  yang diadakan seperti yang
                       ditetapkan. Perhimpunan rasmi diadakan pada hari Isnin setiap minggu, mulai 7.30 pagi – 8.10 pagi
                       .

               8.10    Semua  guru  tidak  boleh  meninggalkan  sekolah  pada waktu bertugas atas  urusan peribadi
                       melainkan telah mendapat  kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.


               SK TELUK BULOH, 2019                                                                         20
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27