Page 23 - BUKU PENGURUSAN SKTB 2019
P. 23

8.11    Guru-guru  hendaklah  tiba  di  sekolah  sekurang-kurang  15  minit  awal sebelum loceng waktu
                       dibunyikan pada pukul 7.30 pagi.. Catatkan waktu tiba di dalam buku kehadiran bertugas dan juga
                       catatkan waktu pulang setelah tamat waktu persekolahan.

               8.12    Waktu  balik dari sekolah hendaklah sama bagi semua guru iaitu setelah tamat waktu pelajaran bagi
                       semua darjah dalam sesi yang berkenaan.

               8.13    Kelewatan    tiba  ke  sekolah    oleh    sebab  sesuatu  hal  yang  tidak  dapat  dielakkan  hendaklah
                       dilaporkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan.

               8.14    Cuti  sakit  hendaklah  disokong  dengan  sijil  yang  sah  dari  pihak  doktor kerajaan atau yang
                       diiktiraf dan perlu dimaklumkan kepada Guru Besar / Penolong kanan.

               8.15    Guru-guru  dilarang  merokok   dalam  kawasan  sekolah. Seluruh   kawasan   sekolah   adalah
                       kawasan larangan merokok.

               8.16    Semua urusan cuti hendaklah mematuhi pekeliling-pekeliling terkini dan peraturan-peraturan AM.

               PERATURAN – PERATURAN YANG MESTI DIPATUHI SEMASA BERLAKU
               KEBAKARAN/KECEMASAN

               1.      Apabila loceng kecemasan dibunyikan ( bunyi tiada henti-henti/ berterusan ) semua murid, guru,
                       dan staf sokongan sokongan sekolah mesti keluar dari bangunan sekolah mengikut susunan yang
                       disediakan dalam pelan kecemasan.

               2.      Ketua kelas dan guru yang mengajar di kelas tersebut mesti memastikan semua murid telah keluar
                       terlebih  dahulu dari kelas sebelum mereka keluar.

               3.      Semasa  di  tempat  lapang ( Padang ) semua  murid   mesti  berbaris mengikut kelas dan tidak
                       dibenarkan bergerak ke tempat lain .

               4.      Apabila sampai di padang, ketua kelas mesti memastikan semua murid kelasnya berada di sana.
                       Kemudian, laporkan kepada guru kelas masing-masing, mengenai bilangan murid yang terkumpul.

               5.      Guru kelas mesti membawa   Jadual kedatangan ke tempat berhimpun dan menyemak kedatangan
                       murid-murid di dalam darjahnya.

               6.     Murid-murid yang tercatat  hadir di dalam jadual kedatangan tetapi tidak berada di tempat  lapang,
                      adalah  menjadi tanggungjawab guru kelas mencari murid-murid berkenaan.

               7.      Staf   sokongan   pejabat   dikehendaki   membawa  jadual  kedatangan jika masih  ada yang tidak
                       sempat diambil oleh guru kelas.












               SK TELUK BULOH, 2019                                                                         21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28