Page 21 - BUKU PENGURUSAN SKTB 2019
P. 21
3.0 KEHADIRAN MURID-MURID
3.1 Guru Kelas bertanggungjawab di atas kemajuan kehadiran murid-muridnya. Gunakan daya
usaha sendiri untuk tujuan tersebut.
3.2 Guru Kelas hendaklah mendapatkan surat dari pihak ibubapa atau penjaganya. Dalam kes-kes
murid yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah dengan menyediakan 3 salinan surat. Surat
jawapan dari murid atau penjaga hendaklah disimpan dalam fail kes pelajar kelas. Fail tersebut
hendaklah diserahkan ke pejabat di akhir tahun semasa .
3.3 Senarai murid yang sering tidak hadir ke sekolah hendaklah dihantar kepada PK 11 atau GB atau
untuk tindakan selanjutnya.
3.4 Sila hubungi ibubapa atau penjaga murid yang tidak hadir tanpa sebarang sebab atau
makluman.
4. BUKU KERJA DAN BUKU RAMPAIAN
4.1 Buku kerja dan buku rampaian mesti diperiksa dengan cermat dan membuat pembetulan jika ada
kesalahan.
4.2 Tentukan semua murid mempunyai buku yang cukup untuk semua pelajaran.
4.3 Tentukan murid tidak mengoyakkan kertas buku-buku mereka.
4.4 Pemeriksaan buku dijalankan bukan pada waktu mengajar.
4.5 Buku rampaian murid hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan untuk penyeliaan
mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut permintaan.
5. PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH ( PKSR )
5.1 PKSR dijalankan 2 kali setahun mengikut jadual seperti dalam takwim sekolah.
5.2 Sediakan soalan ujian yang baik mutunya dengan mengikut Jadual penentuan ujian yang telah
diluluskan oleh panitia.
5.3 Salinan soalan disediakan dalam satu fail khas.
5.4 Keputusan ujian direkodkan dalam Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dan kad
pelaporan yang telah disediakan.
5.5 Pelaksanaan dan tindakan berhubung dengan PKSR hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan
dirujuk kepada takwim yang disediakan.
5.6 Salinan keputusan ujian penggal hendaklah disediakan dalam 3 salinan. 1 salinan dilekatkan di
papan kenyataan kelas, 1 salinan untuk PK dan 1 salinan hendaklah diserahkan ke pejabat
Sekolah tidak lewat dari 2 minggu dari tarikh penilaian dijalankan/ mengikut jadual penyerahan.
SK TELUK BULOH, 2019 19