Page 55 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 55

2.3 BEBAN TUGAS GURU

                   Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Namun kini, di
                   zaman  yang  teknologi  yang  serba  canggih  menjadikan  tugas  seorang  guru  semakin

                   mencabar.  Pada  masa  kini,  beban  guru  tidak  juga  kurang  hebatnya  dimana  hal  ini
                   memerlukan  seseorang  guru  itu  mempunyai  nilai  kesabaran  yang  tinggi  serta  sifat

                   bertanggungjawab  yang  besar  untuk  menghadapi  bebanan  yang  perlu  ditanggung  dan

                   dipikul.  Jika  dahulu  guru  sering  diagung-agungkan  dan  disanjungi  sebagai  insan  yang
                   terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering

                   kali kita mendengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru dan acap kali
                   pelajar berlaku biadap kepada guru kerana hilangnya rasa hormat.

                       Dengan pelajar yang bermacam ragam menjadikan tugas guru untuk mendidik anak

                   bangsa untuk mencapai kejayaan penuh dengan cabaran. Guru kini diasak dengan cabaran
                   yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal di dalam arus globalisasi. Konsep langit

                   terbuka banyak mendedahkan pelajar masa kini dengan pelbagai perkara sama ada yang
                   membawa  kebaikan  ataupun  keburukan.  Rela  atau  tidak,  guru  bertindak  sedaya  upaya

                   untuk menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan
                   nilai dan jati diri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran.

                       Dalam berperanan menjalankan tugas hakiki iaitu merancang dan melaksanakan sesi

                   pengajaran dan pembelajaran, pengorbanan masa guru menjalankan aktiviti pengembangan
                   bakat  dan  potensi  pelajar  melalui  pengendalian  kejohanan  sukan,  syarahan,  karnival

                   pendidikan di peringkat sekolah sehinggalah kebangsaan.
                       Selain itu, kerjaya guru sering kali dikatakan tidak sesibuk kerjaya lain dengan guru

                   sentiasa pulang ke rumah seawal pukul 2 petang, namun hakikatnya tugas guru sekarang

                   bukanlah seperti yang disangka. Beban tugas guru sekarang terutama yang berkait dengan
                   pentadbiran  bukan  hanya  mengganggu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  (P&P)  di

                   dalam kelas malah juga menyebabkan persediaan guru sebelum mula tertangguh.


















                                                           49
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60