Page 46 - NSETERIn 2019
P. 46

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0

              4K1N – PENCETUS KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID

                            Chieng Hie Ling , Sia Leong Ling
                                          1
                                                         2
              Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia 1
                    SMK Sacred Heart, 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia 2
                                 ling5590@yahoo.com 1
                                 Sia_3688@yahoo.com 2

                                      ABSTRAK

        Kementerian  Pendidikan  Malaysia  telah  mengenalpasti  dan  menekankan
        pelbagai kemahiran abad ke-21 yang perlu ada pada setiap murid. Malangnya,
        kebanyakan  amalan pengajaran dan pembelajaran  guru masih menjurus
        kepada kaedah konvensional. Berikutan dengan amalan ini, murid-murid di
        dalam bilik darjah menjadi pasif, senang putus asa, tidak memahami pelajaran,
        tidak menjawab soalan peperiksaan dan tidak membuat latihan atau tugasan
        yang diberikan oleh guru terutama bagi golongan murid yang pasif dan lemah.
        Kajian  tindakan  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  membantu  meningkatkan
        kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan
        pembelajaran dalam bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan
        Empat melalui amalan ‘4K1N – Pencetus Kecemerlangan Kemenjadian Murid’.
        ‘4K1N – Pencetus Kecemerlangan Kemenjadian Murid’ merupakan satu amalan
        pengajaran dan pembelajaran yang telah diubahsuai daripada pendekatan
        koperatif dan pendekatan rakan sebaya. Responden kajian terdiri daripada
        36 orang pelajar lelaki dari kelas 5A2 di SMK Sacred Heart Sibu, Sarawak.
        Kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan Model Kurt Lewin. Kajian ini
        menggunakan pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca untuk pengumpulan
        data. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan PdP dengan ‘4K1N –
        Pencetus Kecemerlangan Kemenjadian Murid’ dapat melonjakkan penguasaan
        murid  dalam  kemahiran  abad  ke-21  terutamanya  kemahiran  berfikir  secara
        kritis dan kreatif, kolaboratif, komunikasi berkesan, kepimpinan di samping
        pembentukan nilai etika murid.



















                  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak    37
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51