Page 45 - NSETERIn 2019
P. 45
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
TINJAUAN PENGGUNAAN DIGITAL TOOL DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH
Elika binti Ruslin , Linda Ling Hui Ting ,
1
2
Sharifah Nurshaera binti Gulzuman , Lucy Rossey Sylvester4
3
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak 1234
elikaruslin@yahoo.com.my 1
ABSTRAK
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semakin
berkembang pesat pada masa kini dengan kepelbagaian aplikasi dan web 2.0
yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang bukannya hanya
berlaku di dalam ruangan bilik darjah malahan bersifat lebih menyeluruh. Digital
Tool telah banyak diperkenalkan dalam kalangan guru-guru Malaysia sehingga
ke hari ini seperti Youtube, Frog VLE, Quizzies, Scholoogy dan sebagainya.
Digital Tool merupakan merupakan sebuah aplikasi yang mengintergrasikan
dunia pendidikan sebenar ke dalam persekitaran pembelajaran maya. Guru
yang menggunakan aplikasi web ini akan mampu untuk memberi tugasan,
membuat ujian, berkongsi maklumat dan menyemak keputusan pelajar
melalui persekitaran maya. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan bagi
mengenal pasti penggunaan Digital Tool dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jumlah
guru yang menggunakan Digital Tool, topik Pendidikan Kesihatan dan
pandangan guru terhadap penggunaan Digital Tool. Kajian ini terdiri daripada
guru-guru subjek Pendidikan Kesihatan yang mengajar di sekolah bahagian
Kuching dan Samarahan, Sarawak sebagai responden dan dijalankan secara
kuantitatif. Data diperolehi berdasarkan penggunaan instrumen soal selidik
dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial
Science” (SPSS). Hipotesis kajian pula akan diuji berdasarkan statisik deskriptif
berbentuk peratus, min dan kekerapan. Hasil statistik data yang diperolehi,
sebanyak 65.9% guru yang menggunakan aplikasi digital selain daripada
yang dinyatakan, diikuti Frog VLE sebanyak 42.2% dan seterusnya Google.
Classroom.com sebanyak 15.1%. Penggunaan Digital Tool oleh guru-guru
di sekolah meliputi topik di dalam tiga modul subjek Pendidikan Kesihatan
iaitu sebanyak 45.6%. Statistik ini menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah
rendah sudah menerapkan penggunaan aplikasi digital di dalam medium
pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan bagi mendedahkan
murid-murid kepada Pembelajaran Abad-21 (PAK-21). Diharapkan KPM dan
pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan serta perancangan bagi
meningkatkan penggunaan Digital Tool dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan selaras dengan hasrat KPM iaitu menjadikan Digital Tool
sebagai satu platform mentransformasikan pendidikan alaf baru.
Kata kunci: Digital tool, Pendidikan Kesihatan.
36 NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak