Page 40 - NSETERIn 2019
P. 40
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
KAEDAH AUDIO VISUAL BERASASKAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA BAGI MURID PEMULIHAN KHAS
Nizam binti Baharuddin , Mohd Fariq Ariffin bin Abdullah 2
1
SK Gopeng Taman Gopeng Baru, Gopeng, Perak
1
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak 2
nizabaha1210@gmail.com 1
mfariq@yahoo.com 2
ABSTRAK
Membaca merupakan satu proses kompleks yang menghubungkan aspek
pengetahuan, kebolehan, kemahiran mental dan fizikal. Kemahiran membaca
perlu diajar dan diterapkan secara berkesan supaya setiap murid dapat
menguasai kemahiran ini. Pada dasarnya, murid-murid Tahap Satu di sekolah
rendah perlu menguasai kemahiran membaca bagi mengelakkan mereka
terus ketinggalan dan kekal lemah terutamanya murid-murid Pemulihan Khas.
Justeru, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan
Kaedah Audio Visual dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-
murid Pemulihan Khas tersebut. Kajian ini melibatkan 10 orang responden
yang dipilih dalam kalangan murid-murid Pemulihan Khas Tahun 3 di sebuah
sekolah di Daerah Gopeng, Perak. Responden terdiri daripada anak-anak
suku kaum Semai yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
mereka. Gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam kajian
ini. Data kajian diperolehi melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,
analisis dokumen serta ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan
peningkatan yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra bagi setiap
aspek kemahiran membaca yang diuji iaitu meliputi aspek pengecaman
huruf, suku kata terbuka, suku kata tertutup , ayat dan petikan. Kaedah
Audio Visual yang digunakan memberi satu suntikan motivasi untuk mereka
menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik. Peningkatan motivasi diri
juga membawa perubahan kepada keyakinan diri mereka yang lebih positif
sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian ini menunjukkan
penggunaan Kaedah Audio Visual dalam pembelajaran kemahiran membaca
amat berkesan dan berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Kaedah Audio Visual ini diharapkan dapat membantu murid
untuk membaca dengan lebih lancar sebelum melangkah ke tahap yang
seterusnya khususnya kepada murid pemulihan khas.
Kata kunci: Kaedah Audio Visual, Membaca, Murid Pemulihan Khas,
Pembelajaran
NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak 31