Page 39 - NSETERIn 2019
P. 39

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
           KAJIAN KES PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MENINGKATKAN
                      KEMAHIRAN DALAM SUKAN BOLA BALING
                      Linda Ling Hui Ting , Jamrah Sibin2, Joel Sigo3,
                                       1
                             Mohamad Mahdi bin Abdullah4
                 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak 1234
                               lindaling_97@yahoo.com 1

                                        ABSTRAK
            Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran
            koperatif dalam meningkatkan kemahiran dalam sukan Bola Baling dalam
            kalangan murid-murid sekolah rendah. Kajian ini juga turut melihat tahap
            kesesuaian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
            sukan Bola Baling dari persepsi murid. Kajian ini mengunakan kaedah
            kes dengan menggunakan set soalan selidik dan pemerhatian sebagai
            instrumen kajian bagi mendapatkan data untuk mengenal pasti persepsi
            murid mengenai pembelajaran koperatif dalam sukan Bola Baling. Murid-
            murid akan diberikan soalan soal selidik berkaitan dengan pembelajaran
            koperatif semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan awal kajian
            menunjukkan  pengajaran  menggunakan  pendekatan  pembelajaran
            koperatif berjaya meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam
            menguasai kemahiran sukan bola baling. Kemahiran menghantar,
            menerima, menggelecek, menjaring dan menjaga gol semua menunjukkan
            peningkatan yang dominan dalam penguasaan kemahiran ini. Kajian
            ini diharap dapat dijadikan panduan kepada guru-guru dan jurulatih
            menggunakan pendekatan pengajaran ini agar tahap penguasaan murid-
            murid dalam kemahiran sukan bola baling Berjaya ditingkatkan dari masa
            ke semasa.

            Kata kunci: pembelajaran koperatif, sukan bola baling.





















         30  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44