Page 38 - NSETERIn 2019
P. 38

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0


        PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI DALAM
           KALANGAN PEBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS): SATU KAJIAN KES
                       Wong Chew Nie , Dr. Abu Yazid Abu Bakar 2
                                      1
                   Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia 12
                               apple_nienie@yahoo.com
                                                      1
                                yazid3338@ukm.edu.my 2
                                      ABSTRAK
        Artikel ini melaporkan pelaksanaan satu program psikopendidikan
        peningkatan keyakinan diri ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di SJKC
        Chung Hua Betong, Sarawak. Fokus utama program ini ialah meningkatkan
        keyakinan diri serta pembangunan kemahiran pengucapan awam dalam
        kalangan ahli-ahli PRS terlibat. Sembilan orang ahli PRS yang berumur 10
        hingga  12  tahun  mengikuti  lima  sesi  bersama  dengan  seorang  fasilitator
        daripada program Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Peserta
        dibahagikan kepada dua kelompok yang terdiri daripada empat dan lima
        orang ahli setiap kumpulan. Penemuan hasil kajian mendapati keyakinan diri
        dalam kalangan ahli PRS terbabit semakin meningkat dan mereka perlukan
        sokongan daripada rakan sebaya. Dapatan ini menyokong penglibatan lebih
        ramai kaunselor dalam membantu meningkatkan kemahiran kendiri ahli PRS
        di sekolah.
































                  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak    29
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43