Page 34 - NSETERIn 2019
P. 34

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
         PEMAHAMAN SISWA PENDIDIK TERHADAP KEMAHIRAN ABAD KE-21

                                                        2
                 Rajasegara Veloo , Rajendran Subramaniam , Chula Bina 3
                                 1
                 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak 1
                    Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak 23
                             vrajasegara_veloo@yahoo.com 1
                                 rajenipti@gmail.com 2
                              engkrasaklepu2@gmail.com 3

                                      ABSTRAK
        Pemahaman guru tentang  sesuatu mempengaruhi kelakuan dan amalan di
        dalam bilik darjah.  Maka pemahaman  siswa pendidik tentang kemahiran abad
        ke-21 membantu dalam menentukan strategi pengajaran yang terbaik untuk
        mengintegrasikan secara berkesan di dalam kelas semasa mereka menjalani
        praktikum. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka pemahaman siswa
        pendidik elektif teras Bahasa Melayu dan Bahasa Iban terutamanya mengenai
        kemahiran  abad  ke-21.  Reka  bentuk  ini  adalah  kajian  kualitatif.  Data  yang
        dikumpul melalui kaedah temu bual untuk memberikan gambaran yang kuat
        mengenai pemahaman kemahiran abad ke-21. Kajian ini melibatkan 20 siswa
        pendidik   dari dua buah  Institut  Pendidikan  Guru  Kampus negeri  Sarawak
        elektif teras Bahasa Melayu dan Bahasa Iban  yang menjalani praktikum
        di sekolah rendah. Data yang dikumpulkan dari temubual, pemerhatian
        penyeliaan, dokumen Rancangan Pengajaran Harian serta soal selidik.
        Temubual adalah sumber utama data dalam kajian ini. Pelbagai sumber data
        digunakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan
        kajian bagi menunjukkan sama ada siswa pendidik mempunyai kefahaman
        terhadap kemahiran abad ke-21 semasa menjalani praktikum fasa dua .

        Kata kunci: Siswa Pendidik, Kefahaman Guru, Kemahiran Abad 21, Praktikum























                  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak    25
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39