Page 31 - NSETERIn 2019
P. 31
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
ANALISIS KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENULISAN
KARANGAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
Bernard Tahim anak Bael1, Dr. Suppiah a/l Nachiappan2
SK Sebauh, Bintulu, Sarawak 1
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak2
greatmindbtu@gmail.com
1
ABSTRAK
Proses penulisan karangan memerlukan kemahiran berfikir untuk
memanipulasikan idea-idea. Dengan menyisip elemen-elemen KBAT dalam
penulisan karangan ia mampu menghasilkan karangan yang berkualiti
kerana KBAT mempunyai aras intelektual yang tinggi. Kajian ini bertujuan
mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT serta pengaruhnya dalam
penulisan karangan pelajar, mengenal pasti kesediaan guru dan meneroka
kaedah pelaksanaan KBAT boleh ditingkatkan dalam PdP. Pendekatan
kualitatif dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah Hermeneutik untuk membuat interpretasi
terhadap teks kajian. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan
yang melibatkan 30 orang pelajar aliran sastera dan 30 orang pelajar aliran
sains Tingkatan 4 dan 4 orang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah
menengah di Bahagian Bintulu. Data kajian adalah terdiri daripada skrip
jawapan karangan pelajar dan transkripsi temu bual dengan guru sebagai
teks yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen KBAT
dalam kategori menganalisis, menilai dan mencipta hadir dan juga didapati
mempengaruhi kualiti penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar. Guru-guru
didapati mempunyai kesediaan melaksanakan KBAT dan juga meneroka
pelbagai teknik seperti menggunakan alat berfikir i-Think, teknik penyoalan
dan teknik sumbangsaran untuk meningkatkan kaedah pelaksanaan KBAT
dalam PdP penulisan karangan Bahasa Melayu. Adalah penting KBAT
dilaksanakan dalam PdP untuk meningkatkan keupayaan pelajar menghasilkan
penulisan karangan yang berkualiti. Kajian ini memberi sumbangan keilmuan
dalam bentuk pengetahuan dan pelaksanaan KBAT dalam PdP kepada guru-
guru serta membantu pelajar-pelajar menghasilkan penulisan karangan yang
menarik dan berkualiti. di samping itu, pelaksanaan KBAT di sekolah juga
membantu mencapai hasrat kementerian pendidikan dalam pelaksanaan
Pembelajaran Abab ke-21.
Kata kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP), Penulisan karangan Bahasa Melayu, Kaedah Hermeneutik,
Menganalisis, Menilai, Mencipta dan Pembelajaran Abab Ke-21
22 NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak