Page 26 - NSETERIn 2019
P. 26
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
KAEDAH GWP (GABUNGAN WARNA DAN PETAK): SATU INOVASI
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEMBAHAGIAN YANG MELIBATKAN
UNIT UKURAN JISIM
Chan Ling Fang , Voon Shi Cheng 2
1
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak 12
lingfang2609@gmail.com 1
chengcheng5501@gmail.com 2
ABSTRAK
Semasa menjalani Praktikum Fasa I, didapati beberapa orang murid Tahun 3
tidak dapat menjawab soalan pembahagian yang melibatkan kilogram dan
gram dengan tepat. Berdasarkan analisis keputusan ujian sebelum intervensi,
terdapat murid yang tidak melakukan penukaran unit bagi baki yang terdapat
dalam unit kilogram kepada unit gram. Selain itu, juga terdapat murid yang
keliru dengan nilai tempat semasa melakukan penukaran unit dari baki unit
kilogram kepada unit gram. Maka, saya telah mencipta kaedah GWP untuk
membantu murid-murid menjawab soalan pembahagian yang melibatkan
dua unit jisim tersebut tanpa melakukan penukaran unit. Seramai 4 orang
murid dari sebuah sekolah di daerah Serian telah dilibatkan dalam kajian ini.
Setelah mendedahkan kaedah GWP ini kepada murid-murid melalui beberapa
sesi bimbingan, saya menyediakan satu set ujian selepas intervensi untuk
menguji tahap penguasaan mereka. Didapati bahawa murid-murid tersebut
dapat menggunakan Kaedah GWP untuk menjawab soalan pembahagian yang
melibatkan kilogram dan gram dengan tepat.
NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak 17