Page 23 - NSETERIn 2019
P. 23

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
            PENGARUH KEMAHIRAN PEMENTORAN DAN BUDAYA SEKOLAH
         TERHADAP PRESTASI KERJA PENGURUS PERTENGAHAN DI SARAWAK
                         Rafi bin Taizel , Harrisman anak Dollen 2
                                      1
                       Pejabat Pendidikan Daerah Serian, Sarawak 12
                                 Rafi9871@gmail.com 1
                                harrisdollen@gmail.com 2
                                      ABSTRAK

        Kajian  ini  dijalankan  untuk mengetahui  sejauh  mana  pengaruh  kemahiran
        pementoran  dan  budaya  sekolah  mempengaruhi  prestasi  kerja  pengurus
        pertengahan. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan soal
        selidik. Dua variabel bebas digunakan, iaitu kemahiran pementoran dan
        budaya sekolah manakala variabel bersandar adalah prestasi kerja pengurus
        pertengahan. Sampel kajian terdiri daripada 207 orang pengurus pertengahan
        yang dipilih daripada 10 buah sekolah menengah TS25 kohort 1 dan 2 di negeri
        Sarawak. Soal selidik kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
        dengan nilai Alpha Cronbach 0.920. Data yang diperolehi telah dianalisis
        dengan menggunakan SPSS Versi 22. Data kajian ini telah dianalisis dengan
        menggunakan statistik deskriptif, Ujian-T, analisis ANOVA dan analisis Regrasi.
        Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh kemahiran pementoran
        terhadap pengurus pertengahan adalah pada tahap  sederhana manakala
        pengaruh budaya sekolah dan pengaruh prestasi kerja terhadap pengurus
        pertengahan adalah pada tahap tinggi. Hasil Ujian-T menunjukkan bahawa
        tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  pada  prestasi  kerja  pengurus
        pertengahan berdasarkan jantina. Analisis Ujian Anova Sehala mendapati
        tidak  terdapat  perbezaaan  yang  signifikan  kepada  prestasi  kerja  pengurus
        pertengahan berdasarkan pengalaman mengajar dan taraf pendidikan. Akhir
        sekali, analisis Ujian Regrasi menunjukkan terdapat pengaruh yang sederhana
        pada kemahiran pementoran manakala pengaruh budaya sekolah yang kuat
        terhadap prestasi kerja pengurus pertengahan di sekolah menengah TS25
        Sarawak. Kajian ini berjaya mengetengahkan bahawa kemahiran pementoran
        dan budaya sekolah merupakan eleman penting dalam meningkatkan prestasi
        kerja pengurus pertengahan. Tambahan pula, kajian ini dapat digunakan oleh
        pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
        Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah mahupun sekolah
        sebagai rujukan dalam merancang program-program bagi mempertingkatkan
        kemahiran pementoran dan budaya sekolah bukan hanya kepada pengurus
        pertengahan tetapi kepada semua guru di sekolah demi mendorong
        peningkatan  prestasi  guru.  Seterusnya  cadangan-cadangan  berdasarkan
        dapatan kajian dibincangkan dan diikuti dengan cadangan kajian lanjutan.
        Kata kunci: kemahiran pementoran, budaya sekolah, prestasi kerja, pengurus
        pertengahan.


         14  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28