Page 20 - NSETERIn 2019
P. 20

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
                  KAEDAH NUQATUN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
                      Mohd Jamil bin Rosli , Ayu Suhana binti Wan Jan 2
                                        1
                       SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau 1
                         Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara 2
                                  jamilrosli@gmail.com 1
                                ayusuhana@iab.moe.my 2
                                       ABSTRAK
        Pelajar sering merungut bahawa mata pelajaran Sejarah membosankan, banyak
        fakta perlu dibaca dan diingat berbanding dengan mata pelajaran lain. Perkara
        ini menyukarkan mereka untuk menghafal dan memahami sesuatu peristiwa itu.
        Malah menjadikan mereka cepat mengantuk apabila mempelajari mata pelajaran
        Sejarah dan kurang memberikan perhatian didalam kelas, seterusnya menjadi
        penyumbang kepada kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
        Kaedah Nuqatun dihasilkan bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran
        dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah. Merangsang pemikiran pelajar
        melalui kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Menjadikan
        pengajaran dan pembelajaran Sejarah lebih efektif dan menarik. Membantu
        pelajar mengingati fakta sejarah dengan cepat dan mudah serta dapat memahami
        sesuatu  peristiwa  di  dalam  Sejarah  dengan  berkesan  serta  menambah  minat
        pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,
        pelajar sering tidur didalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran Sejarah
        berlaku dan kurang memberi fokus terhadap aktiviti yang dibuat oleh guru. Selain
        itu, daripada analisis terhadap peperiksaan pertengahan tahun serta latihan yang
        dibuat pula, pelajar didapati belum menguasai beberapa kemahiran khususnya
        berkaitan dengan kefahaman sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Hal ini
        seterusnya menyukarkan mereka mengingati peristiwa tersebut dan menjadikan
        mereka kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. Bagi menangani
        masalah ini, kaedah mnemonik yang berasaskan pencarian kata kunci bagi
        setiap ayat diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik telah digunakan.
        Kaedah ini kami gelarkan sebagai Nuqatun. Para pelajar dibekalkan dengan
        dua buah buku iaitu buku poket bertajuk Nuqatun dalam Sejarah serta modul
        yang bertajuk Kaedah Nuqatun dalam Pembelajaran Sejarah. dalam buku poket
        Nuqatun dalam Sejarah mengandungi nota bersama kaedah mengingat yang
        sangat  menarik.  Manakala  dalam  modul  Kaedah  Nuqatun  dalam  Pembelajaran
        Sejarah pula disediakan soalan dan jawapan bagi setiap bab sebagaimana dalam
        buku teks tingkatan 4 dan 5. Modul ini dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran
        pada akhir tiap-tiap sesi pembelajaran. Langkah yang diambil telah membantu
        pelajar meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah serta menarik minat
        mereka untuk terus mempelajari mata pelajaran sejarah. Seterusnya, penguasaan
        dan kefahaman pelajar  tentang tajuk yang dipelajari turut meningkat. Kaedah
        Nuqatun dalam pembelajaran Sejarah ternyata dapat membantu guru-guru untuk
        membuat pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan
        pelajar untuk memahami sesuatu peristiwa itu dengan baik melalui kaedah
        nuqatun yang diberikan. Seterusnya menarik minat pelajar untuk mengetahui
        dengan lebih mendalam terhadap sesuatu peristiwa yang terjadi didalam
        sejarah dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran Sejarah lebih menarik dan
        menyeronokkan.
        Kata kunci: Nuqatun, mnemonik, buku poket, modul pembelajaran
                  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak    11
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25