Page 22 - NSETERIn 2019
P. 22
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
BIMBINGAN KELOMPOK BAGI PELAJAR PONTENG DI SEKOLAH LUAR
BANDAR: SATU KAJIAN KES
Aniss Ting Siew Hee , Dr. Abu Yazid Abu Bakar 2
1
Universiti Kebangsaan Malaysia 12
xiufei.0505@gmail.com 1
ABSTRAK
Artikel ini melaporkan sebuah sesi bimbingan kelompok yang dijalankan bagi
murid ponteng sekolah di luar bandar. Tujuan utama sesi ini ialah membantu
sekolah mengurangkan kadar murid ponteng sekolah dan meningkatkan
kesedaran murid tentang kepentingan untuk hadir ke sekolah. Murid-murid
yang terlibat dalam sesi ini terdiri daripada lima orang murid Tahun Enam
yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berterusan di sebuah sekolah
kebangsaan di Kanowit, Sarawak. Lima sesi yang mengambil masa satu jam
setiap sesi telah dijalankan. Aktiviti bermula dengan memberi peluang
mengenal diri sendiri, penerokaan cita-cita, luahan perasaan, perbincangan isu
ponteng, serta refleksi kendiri. Hasil kajian ini mendapati proses kaunseling
kelompok membantu meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan
bersekolah dan seterusnya mengawal masalah ponteng di sekolah. Dapatan
ini menyokong penglibatan lebih ramai bakal kaunselor dalam memahami
murid sekolah luar bandar dengan menggunakan pendekatan bimbingan.
Kata kunci: Bimbingan Kelompok, Ponteng, Sekolah Rendah
NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak 13