Page 27 - NSETERIn 2019
P. 27
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
PENDEKATAN PSIKOPENDIDIKAN BAGI MENINGKATKAN DAYA TAHAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
2
1
Syakirah binti Ab Razak , Dr. Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim ,
Prof. Madya Dr. Salleh bin Amat 3
Universiti Kebangsaan Malaysia 123
shaqone_85@yahoo.com 1
nisafuad@ukm.edu.my 2
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan di salah sebuah sekolah
menengah harian biasa di Selangor yang melibatkan 30 orang Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS). Fokus utama sesi kelompok psikopendidikan ini adalah
untuk mendekati dan memahami daya tahan PRS. Kajian ini dijalankan ke
atas 30 orang PRS tingkatan 1 dan 2 yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan serta berumur dalam lingkungan 13 tahun dan 14 tahun. Pemilihan
ahli kelompok adalah secara persampelan bertujuan apabila memenuhi
kriteria tertentu iaitu (a) PRS menengah rendah (b) PRS yang menurut
pemerhatian guru dan memiliki rekod disiplin dalam SSDM (Sistem Sahsiah
Diri Murid). 5 kelompok telah dibentuk dan 5 sesi telah dijalankan dalam
jangka masa 2 jam bagi setiap sesi. Aktiviti bermula dengan memberi peluang
ahli kelompok berkongsi latar belakang masing-masing, mengenali kelebihan
dan kelemahan diri, memahami kepentingan komunikasi interpersonal,
memiliki kemahiran menangani stress, kemahiran asertif dan akhirnya
melihat bagaimana daya tahan mereka melalui refleksi diri secara subjektif.
Dapatan kajian menunjukkan ahli kelompok bersikap negatif pada sesi
pertama. Perubahan terhadap daya tahan mula berlaku selepas sesi kedua,
ketiga, keempat dan kelima. Penemuan hasil kajian juga mendapati kelompok
psikopendidikan dapat membantu meningkatkan daya tahan diri PRS ke arah
yang lebih positif. Sokongan sesama rakan kelompok membuatkan ahli-ahli
PRS lebih yakin dalam meneruskan sesi dan serta menghormati pandangan
satu sama lain. Dapatan ini turut mencadangkan penglibatan lebih ramai guru
bimbingan dan kaunseling dalam membantu meningkatkan daya tahan PRS di
sekolah dengan menggunakan psikopendidikan berkumpulan adalah sangat
digalakkan.
Kata kunci: Intervensi psikopendidikan, PRS, daya tahan, guru bimbingan dan
kaunseling
18 NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak