Page 32 - NSETERIn 2019
P. 32

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
                PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN KAUNSELING KELOMPOK
           SEKOLAH RENDAH DI SJKC CHONG HWA WAKAF TAPAI, MARANG,
                                    TERENGGANU

               Yap Phey Yoong , Dr. Dharatun Nissa binti Fuad Mohd Karim ,
                                                                     2
                              1
                            Prof. Madya Dr. Salleh bin Amat 3
                            Universiti Kebangsaan Malaysia 123
                                pyoong9088@gmail.com
                                                      1
                                 nisafuad@ukm.edu.my 2


                                      ABSTRAK
        Artikel ini  adalah mengenai sesi kaunseling  kelompok psikopendidikan
        yang telah dilakukan bersama murid Tahun 5 di salah sebuah Sekolah Jenis
        Kebangssan Cina di daerah Marang, Terengganu. Tujuan utama kaunseling
        kelompok ini dijalankan  adalah untuk meningkatkan minat murid Tahun
        5  dalam  pembelajaran  subjek  Matematik  dalam  topik  sifir  2  dan  3  melalui
        permainan “Gula dalam Petak” untuk murid pemulihan dalam kaunseling
        kelompok. Seramai 5 orang murid Tahun 5 telah menyertai kajian ini. Murid-
        murid ini dipilih berdasarkan kepada markah julat pada aras sangat rendah.
        Penemuan hasil kajian ini mendapati bahawa murid yang mempunyai markah
        rendah tidak mempunyai minat belajar Matematik dalam bentuk pembelajaran
        yang tidak menarik. Hasil kajian turut mencadangkan agar guru Matematik
        menggunakan cara pembelajaran yang lebih menarik berbanding dengan cara
        pembelajaran yang lama.

        Kata kunci: kaunseling kelompok, psikopendidikan, minat, Matematik, teknik
        bermain
























                  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak    23
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37