Page 33 - NSETERIn 2019
P. 33
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
KESAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM MATA
PELAJARAN MATEMATIK KE ATAS MURID-MURID TAHUN 4
1
2
Periakka a/p Rengaya Chinaya , Marina binti Haji A.Majid ,
Kumanan a/l V.Ramasamy , Leelathevi a/p Jayabalan 4
3
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 1234
periarekha@yahoo.com 1
rin55ipgkti@gmail.com 2
Kumanan9495@gmail.com 3
jleelathevi@gmail.com 4
ABSTRAK
Kajian bertujuan untuk mengkaji kesan dua mod pengajaran iaitu mod kaedah
tradisional dan kaedah multimedia beranimasi ke atas murid yang berbeza
tahap prestasi akademik dalam mata pelajaran Matemik Tahun 4. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif dengan melaksanakan reka bentuk kuasi
eksperimen dengan faktor 2×2. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang
murid tahun 4 di sebuah sekolah Tamil di Daerah Muar, Johor. Pemboleh ubah
bersandar kajian ini ialah min peningkatan skor murid manakala pemboleh
ubah bebas ialah mod kaedah pengajaran. Pemboleh ubah moderator ialah
tahap asal pencapaian murid (prestasi akademik tinggi dan prestasi akademik
rendah). Prosedur ujian ANOVA dan Ujian-T telah digunakan untuk mengesan
perbezaan signifikan peningkatan skor dua mod kaedah pengajaran tersebut.
Hasil kajian kuantitatif mendapati bahawa murid yang menerima kaedah
pengajaran menggunakan alam multimedia animasi menunjukkan pencapaian
akademik yang lebih baik secara signifikan berbandingan dengan murid yang
menerima pengajaran kaedah tradisional. Hal ini juga didapati bahawa murid
prestasi akademik yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan murid
prestasi akademik tinggi.
Kata kunci: Kesan, inovasi, animasi, pembelajaran Matematik, Sekolah Rendah
24 NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak