Page 36 - NSETERIn 2019
P. 36

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
            KEBERKESANAN PROGRAM INTERVENSI KECERGASAN MELALUI
            KAEDAH LATIHAN LITAR TERHADAP TAHAP FLEKSIBILITI MURID
                                  SEKOLAH RENDAH

                    Mohd. Faiz Fahmi bin Mohamad , Hairul bin Sahib ,
                                                                2
                                                 1
                Dr. Abang Ismail bin Abang Haji Julhi , Wahed bin Bujang Mi 4
                                                 3
                 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak 1234
                                delfaizfahmi@gmail.com 1
                                      ABSTRAK
        Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan  tahap kecergasan murid-
        murid  sekolah  rendah  terutama  daripada  komponen  fleksibiliti.  Sampel
        diambil daripada murid-murid yang menjalani ujian SEGAK iaitu murid Tahun
        5 di sebuah sekolah di Daerah Kuching,  Sarawak. Seramai 60 orang murid
        telah dipilih yang melibatkan dua buah kelas. Kajian ini menggunakan sebuah
        program intervensi berbentuk latihan litar yang merangkumi 4 aktiviti
        iaitu butterfly stretch, toe touch, forward lunges dan jumping jack. Program
        intervensi akan dijalankan selama enam minggu selepas ujian pra dijalankan.
        Kajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi data kajian dan akan dianalisis
        dalam bentuk jadual dan graf. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk
        menentukan tahap fleksibiliti melalui program latihan litar. Ujian rintis telah
        dijalankan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan ujian ini dengan
        menggunakan kaedah uji dan ulang uji. Hasil dapatan kajian menunjukkan
        terdapat  perbezaan  yang  signifikan  di  antara  ujian  pra  dan  ujian  pasca
        untuk  fleksibiliti  melalui  program  latihan  litar.  Kesimpulannya,  kajian  ini
        menunjukkan bahawa latihan litar yang telah dijalankan dapat meningkatkan
        tahap fleksibiliti murid. Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan
        kepada guru bagi melaksanakan program latihan litar untuk meningkatkan
        komponen kecergasan fleksibiliti murid di sekolah kelak.

        Kata kunci : Latihan Litar dan Fleksibiliti




















                  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak    27
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41