Page 41 - NSETERIn 2019
P. 41

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0

            PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN SEKS DALAM KALANGAN MURID
                         SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

                     Susan Ting Kiew Hong , Dr. Abu Yazid Abu Bakar 2
                                         1
           Fakuliti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia 12
                               susanting2592@gmail.com 1

                                      ABSTRAK

        Artikel ini melaporkan tentang program psikopendidikan seks yang dijalankan
        di SK Nanga Jagau, Kanowit, Sarawak. Matlamat utama program adalah
        untuk  meningkatkan  pengetahuan  tentang  batasan  fizikal,  cinta  sejati  dan
        seks yang selamat. Empat belas orang murid yang berumur 12 tahun telah
        mengikut program ini dengan fasilitator daripada program Sarjana Pendidikan
        Bimbingan  dan  Kaunseling.  Hasil  kajian  mendapati  bahawa  pengetahuan
        tentang batasan fizikal, cinta sejati dan seks yang selamat dalam kalangan
        murid pada peringkat awal kanak-kanak ini masih kurang dan memerlukan lebih
        banyak lagi program atau ceramah yang berkaitan. Dapatan ini menyokong
        perlaksanaan program pendidikan seks di sekolah rendah.





































         32  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46