Page 43 - NSETERIn 2019
P. 43
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MEMPENGARUHI
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN KOLABORATIF TERHADAP MURID
SEKOLAH RENDAH
Siti Nurhaliza binti Rajaie , Jeswenny Fresshila anak John ,
1
2
Dana Raja a/l Narayanasamy3, Alexson Layang anak Bajing4
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak 1234
liezharajaie96@gmail.com 1
Jeswennyjohn5@gmail.com 2
ABSTRAK
Kajian dijalankan untuk meninjau pelaksanaan pembelajaran koperatif
mempengaruhi kemahiran komunikasi dan kolaborasi terhadap murid sekolah
rendah. Kajian dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan teknik soal
selidik daripada guru-guru di sekolah kebangsaan. Kajian ini dijalankan di
sekitar daerah Kuching Sarawak yang melibatkan 30 orang responden dan
terdiri daripada guru-guru sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif seperti aktiviti round table, find my rule, a good
coach, hot sit, think pair share dan gallery walk sebagai program intervensi
yang telah dijalankan oleh guru-guru di sekolah rendah dalam mempengaruhi
kemahiran komunikasi dan koperatif. Ujian pra telah dijalankan bagi
mendapatkan data kajian untuk dianalisiskan dalam bentuk jadual dan graf.
Ujian rintis telah dijalankan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan ujian iji
dengan menggunakan kaedah uji kaji soal selidik. Hasil dapatan menunjukkan
hampir keluruhan guru menggunakan kaedah pembelajaran koperatif bagi
aktiviti round table. Keputusan dapatan kajian juga menunjukan terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi pengalaman mengajar. Dapatan kajian
ini diharap dapat dijadikan panduan kepada guru bagi melaksanakan kaedah
pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kemahiran koperatf dan
komunikasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
34 NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak