Page 28 - NSETERIn 2019
P. 28
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
PENDEKATAN PSIKOPENDIDIKAN BAGI MENGURANGKAN MASALAH
PONTENG DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN ENAM
Yasutha a/p Aramugam , Dr. Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim ,
1
2
Prof. Madya Dr. Salleh bin Amat 3
Universiti Kebangsaan Malaysia 123
yashriya30@gmail.com 1
nisafuad@ukm.edu.my 2
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid-murid yang
mempunyai masalah ponteng di salah sebuah sekolah rendah di daerah
Klang. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan
psiko pendidikan dengan 6 kali sesi kaunseling kelompok. Ahli kelompok
terdiri daripada 10 orang murid bermasalah ponteng ke sekolah. Mereka
terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan darjah 6 dan melibatkan kaum
melayu, cina dan india. Mereka juga berada dalam kategori ponteng sekolah
yang membimbangkan kerana mereka mendapat surat amaran selama 3 kali.
Jumlah hari ponteng murid-murid ini melebihi 20 hari dalam masa 4 bulan
pertama persekolahan. Dapatan kajian menunjukkan ahli kelompok bersikap
negatif pada sesi pengenalan dan sesi kedua iaitu Pulau Impian. Perubahan
terhadap kehadiran mula berlaku selepas sesi ketiga iaitu Ponteng Sifar,
sesi keempat Kendiriku, diikuti sesi kelima Sentuhan Kasih dan sesi keenam
Keretapiku. Penemuan hasil kajian juga mendapati bahawa pendekatan psiko
pendidikan dalam kaunseling kelompok sangat berkesan untuk membantu
murid-murid dalam membendung masalah ponteng. Penerapan elemen-
elemen kaunseling kelompok psiko pendidikan untuk meningkatkan motivasi
murid-murid dilihat berjaya mengubah murid-murid untuk berfikiran lebih
positif dan memiliki emosi yang lebih stabil sekaligus meningkatkan motivasi
mereka untuk hadir ke sekolah pada setiap hari. Perubahan dalam tahap
motivasi melalui psiko pendidikan ini akan memberi implikasi kepada guru
kaunseling untuk melaksanakan kaunseling kelompok sebagai langkah yang
sangat berkesan untuk membantu menangani masalah ponteng sekolah
dikalangan murid sekolah.
Kata kunci: Kaunseling Kelompok, psiko pendidikan, ponteng, murid-murid
NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak 19