Page 25 - NSETERIn 2019
P. 25

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
          MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS PELAJAR TINGKATAN ENAM
                            MELALUI KAEDAH LUKISAN 3D
                                     Lau Chiou Yi

                                    SMK Durin, Sibu
                                 chiouyilau@yahoo.com

                                      ABSTRAK

        Melukis itu adalah seronok dan dapat menyampaikan mesej tersurat dan
        tersirat melalui gaya pengolahan subjek dan gaya penampilan lukisan tersebut.
        Tetapi lukisan yang berkualiti dan mempunyai nilai esetetik memerlukan
        pengaplikasian teknik hatching, di mana dapat memberi kesan warna atau
        bayangan dan membuat garis-garis atau lorekan yang selari kepada sesuatu
        subjek yang dilukis. Kekurangan keyakinan diri akan menurunkan minat dan
        menyukarkan pelajar untuk menguasai teknik melukis. Penyelidikan tindakan
        ini bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 6 menguasai kemahiran
        hatching dengan berfokus kepada kaedah lukisan 3D. Kajian ini dilaksanakan
        dengan berpandukan Model Kemmis dan Tanggart di mana melibatkan 10
        orang  responden  dan tiga  kitaran.  Pengumpulan  data dibuat  melalui  tiga
        kaedah iaitu pemerhatian, ujian pra, ujian post dan temu bual. Pemerhatian
        dibuat berdasarkan lembaran kerja dan dianalisis dengan taburan kekerapan
        “Setuju” dan “Tidak Setuju”. Taburan skor mentah dikumpul pada ujian
        pra dan ujian post. Data temu bual dianalisis dengan taburan pengkodan.
        Penganalisisian data ini adalah untuk mengenalpasti keyakinan pelajar
        dalam kemahiran melukis melalui kaedah 3D. Kaedah lukisan 3D diubahsuai
        pada kitaran kedua dan ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan
        pelajar semasa melukis. Hasil dapatan kajian mendapati perubahan amalan
        pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan kaedah lukisan 3D
        dapat meningkatkan penguasaan dan keyakinan responden dalam kemahiran
        melukis. Kajian lanjutan seterusnya dicadangkan supaya kaedah lukisan
        3D ini diubahsuai dan dijadikan kaedah lebih efektif dalam pengajaran dan
        pembelajaran pelajar Tingkatan 5.

        Kata Kunci: lukisan 3D, melukis, minat pelajar
















         16  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30