Page 21 - NSETERIn 2019
P. 21

Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
              KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF DAN MODAL PSIKOLOGI GURU
               PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH DI ZON TENGAH
                              SEMENANJUNG MALAYSIA

                 Raja Kanapathy , Dr. Ramesh Kanapathy , Dr. Henry Goh 3
                               1
                                                     2
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah 13
                   Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama  2
                                 kraja5307@gmail.com 1


                                      ABSTRAK

         Kajian ini dijalankan  untuk melihat hubungan modal psikologi dengan
         kesejahteraan subjektif guru Pendidikan Khas. Seramai 202 orang guru
         Pendidikan Khas dipilih secara rawak dari 40 buah sekolah menengah di Zon
         Tengah Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
         dan data dikumpul melalui soal selidik Inventori Psy Cap dan Skala Kepuasan
         hidup. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen Inventori Psy Cap ialah 0.85-
         0.90 manakala nilai kebolehpercayaan bagi Skala Kepuasan hidup ialah antara
         0.80-0.95. Dapatan  Kajian menunjukkan  bahawa kekuatan dan komitmen
         guru dipengaruhi oleh psikologi positif dan kesejahteraan subjektif mereka.
         Modal Psikologi menyumbangkan 30% varians serta berhubung secara
         signifikan positif terhadap Kesejahteraan subjektif guru pendidikan Khas.

         Kata kunci: Modal Psikologi, Kesejahteraan subjektif, Guru Pendidikan Khas.





























         12  NSETERIn 2019  |  Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26