Page 24 - NSETERIn 2019
P. 24
Transformasi Pendidikan Penjana Kecemerlangan Insan dalam Revolusi Industri 4.0
PENDEKATAN PSIKOPENDIDIKAN KELOMPOK BAGI PELAJAR
TAHFIZ DALAM MENINGKATKAN KECERDASAN DAN KECERGASAN
MENDALAMI AL-QURAN
Azizah binti Ahmad , Dr. Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim ,
2
1
Prof. Madya Dr. Salleh bin Amat 3
Universiti Kebangsaan Malaysia 123
umiwardatuliman@gmail.com 1
nisafuad@ukm.edu.my 2
ABSTRAK
Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang dijalankan di salah sebuah seko-
lah Maahad Integrasi Tahfiz di Selangor yang melibatkan 15 orang yang mer-
upakan pelajar baru yang memasuki sistem pembelajaran hafazan Al-Quran.
Tumpuan utama kajian adalah untuk mendekati dan memahami keadaan se-
benar akan situasi yang dihadapi oleh pelajar. Lima sesi yang berdurasi selama
satu jam dan mengambil masa selama 5 hari. Aktiviti bermula dengan mem-
beri peluang untuk pelajar berkongsi latar belakang, perasaan, diikuti dengan
perkara yang signifikan dalam hidup mereka dan melihat bagaimana impian
yang diinginkan dapat dikecapi melalui penulisan autobiografi mereka. Hasil
kajian mendapati bahawa proses kaunseling kelompok ini sangat membantu
dalam meningkatkan kecerdasan dan kecergasan pelajar. Sokongan dan per-
tolongan yang diberikan oleh rakan dalam aktiviti telah menyebabkan sesi
berjalan dengan baik dan lancar. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi
pendedahan intervensi melalui kelompok psikopendidikan kepada kaunselor
dan profesion bagi membantu yang lain dalam memahami isu pelajar yang
menghafaz Al-Quran khususnya dan sistem pembelajaran tahfiz umumnya.
Kata kunci: Psikopendidikan, Kaunseling Kelompok, Kecerdasan dan Kecer-
gasan dan sistem pembelajaran tahfiz
NSETERIn 2019 | Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak 15