Page 115 - rise 2017
P. 115
Pocket Senaman Tengkuk : Satu Inovasi dalam Pendidikan Kesihatan Individu
Fatimah Mustaffa, Noryani Md Yusof dan Norsiah Bahari
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka
fbmpjk@gmail.com
Abstrak
Malaysia mempunyai seramai lebih 15 juta tenaga kerja dari pelbagai sektor seperti pendidikan yang
terdedah kepada risiko hazard ergogenik. Hazad Ergonomik contohnya seperti tugas berat yang
mengunakan tangan, keadaan badan yang kekok, tugas yang memerlukan pergerakan berulang-ulang
yang kerap. Tahap pengetahuan, latihan dan poster tubuh badan yang tidak betul semasa melakukan
aktiviti, individu terdedah kepada risiko kecederaan akibat hazard. Masalah ini perlu dilihat secara
serius puncanya terhadap tenaga kerja khususnya pendidik di peringkat sekolah rendah dan menengah
seterusnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Dan antara punca yang dikenalpasti ialah individu tidak
menguasai risiko hazard ergonomik terhadap Pendidikan kesihatan Individu dan senaman asas yang
dapat mengawal risiko hazard ergogenik seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan individu.
Pendidikan kesihatan bukan hanya pada pembelajaran formal sahaja tetapi perlu dijadikan amalan
harian individu. Oleh yang demikian, individu perlu didedahkan dengan Pendidikan kesihatan
senaman asas untuk mengelakkan dari masalah kesihatan semakin serius dan mengganggu aktiviti
harian. Pencegahan awal adalah lebih baik daripada rawatan dan ia dapat meningkatkan kualiti
kesihatan individu. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan kaedah strategik untuk
membolehkan individu mengurangkan risiko hazard ergogenik terhadap tulang tengkuk individu
pendidik dan meningkatkan kualiti kesihatan individu pendidik kearah amalan aktiviti harian lebih
sempurna. Metadologi kajian ini secara kualitatif dan menggunakan kaedah persampelan khusus
(purposely sampling). Individu akan didedahkan dengan teknik terapi pocket senaman tengkuk (PST)
dan menguasai teknik senaman 10 minit sehari kearah kualiti kesihatan lebih baik. Pocket senaman ini
berkesan meningkatkan kualiti kesihatan individu kearah prestasi kerja lebih cemerlang.
Kata Kunci: Pendidikan Kesihatan, risiko ergogenik, senaman tengkuk.
Pendahuluan
Kajian menunjukkan hazard ergogenik mendatangkan masalah sakit tulang belakang memberi
peratusan yang tertinggi (62.5%) diikuti dengan masalah sakit sendi pergelangan tangan (47.5%),
sakit tengkuk (25.8%) dan sakit sendi lutut 18.3%). Kajian juga menunjukkan ada hubungan yang
bermakna diantara masalah sakit tulang belakang termasuk tengkuk dengan lama masa berdiri dan
lama masa membongkok semasa pekerja (p<0.05). Lama masa membongkok juga menunjukkan
hubungan yang bermakna dengan masalah sakit sendi lutut dan sakit tengkuk. Kajian menunjukkan.
prevalen masalah sakit belakang memberi peratusan yang tertinggi (62.5%) diikuti dengan masalah
sakit sendi pergelangan tangan (47.5%), sakit tengkuk (25.8%) dan sakit sendi lutut (18.3%). Kajian
juga menunjukkan ada hubungan yang bermakna di antara masalah sakit belakang dengan lama masa
berdiri dan lama masa membongkok semasa melaksanakaan pekerjaan (p<0.05). Lama masa
membongkok juga menunjukkan hubungan yang bermakna dengan masalah sakit sendi lutut dan sakit
tengkuk (Embong, 2006).
Menurut KKM (2016) masalah sakit belakang termasuk sakit tengkuk amat kerap berlaku.
Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan
mereka. Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas
mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan.
Hanya sebahagian sahaja yang mengalami masalah disk tergelincir (slipped dick). Disk terglincir ini
sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat,
membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve
root) tulang belakang pesakit.
Malaysia mempunyai seramai lebih 15 juta tenaga kerja dari pelbagai sektor seperti
pendidikan yang terdedah kepada risiko hazard ergogenik. Hazad Ergonomik contohnya seperti tugas
berat yang mengunakan tangan, keadaan badan yang kekok, tugas yang memerlukan pergerakan