Page 116 - rise 2017
P. 116

berulang-ulang yang kerap (KKM, 2016). Tahap pengetahuan, latihan dan poster tubuh badan yang
             tidak  betul  semasa  melakukan  aktiviti  atau  pekerjaan,  individu  terdedah  kepada  risiko  kecederaan
             akibat hazard (KKM, 2016). Masalah ini perlu dilihat secara serius puncanya terhadap tenaga kerja
             khususnya  pendidik  di  peringkat  sekolah  rendah  dan  menengah  seterusnya  di  Institut  Pengajian
             Tinggi  (IPT).  Dan  antara  punca  yang  dikenalpasti  ialah  individu  tidak  menguasai  risiko  hazard
             ergonomik  terhadap  Pendidikan  kesihatan  Individu  dan  senaman  asas  yang  dapat  mengawal  risiko
             hazard  ergogenik  seterusnya  meningkatkan  kualiti  kesihatan  individu.  Pendidikan  kesihatan  bukan
             hanya pada pembelajaran formal sahaja tetapi perlu dijadikan amalan harian individu (KPM, 2016 &
             KKM 2016). Oleh yang demikian, individu perlu didedahkan dengan Pendidikan kesihatan senaman
             asas  untuk  mengelakkan  dari  masalah  kesihatan  semakin  serius  dan  mengganggu  aktiviti  harian
             (Mckenzie 2013). Pencegahan awal adalah lebih baik daripada rawatan dan ia dapat meningkatkan
             kualiti  kesihatan  individu.  Oleh  yang  demikian,  kertas  kerja  ini  adalah  untuk  meneroka  amalan
             pendidikan  kesihatan  individu  pocket  senaman  tengkuk  (PST)  dalam  mengurangkan  kesakitan  dan
             merawat disk tergelincir tengkuk dalam konteks kehidupan seharian. PST adalah satu kaedah strategik
             untuk  membolehkan  individu  mengurangkan  risiko  hazard  ergogenik    terhadap  tulang  tengkuk
             individu pendidik dan meningkatkan kualiti kesihatan individu pendidik kearah amalan aktiviti harian
             lebih sempurna.

             Pendidikan Kesihatan Individu – Pocket Senaman Tengkuk
             Pendidikan kesihatan terhadap individu dalam usaha individu untuk mencapai tahap kesihatan yang
             menyeluruh dan optima terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi pencapaiannya iaitu pengaruh
             individu, pengaruh Interpersonal, sosial dan kerjaya, pengaruh persikataran, pengaruh penjagaan, dan
             pengaruh  komuniti  (KKM  2016).  Pengaruh  individu  memainkan  peranan  penting  dalam  amalan
             Pendidikan Kesihatan individu.
                  Amalan  gaya  hidup  atau  kebiasaan  /  tabiat  tingkah  laku  kesihatan,  baka,  kesihatan  mental
             merupakan  antara  dimensi-dimensi  kesihatan  yang  mempengaruhi Pendidikan  Kesihatan  dan  tahap
             kesihatan individu. Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan mempercepatkan tahap
             kesihatan merosot dan akan mengalami kemurungan / tekanan perasaan. Pendekatan pocket senaman
             tengkuk secara inidividu ini dapat mengurangkan dan merawat kesakitan (Wong et.al.2017, Mckenzie
             2013 dan Seth & Jack 2016).
                  Pendekatan  pocket  senaman  tengkuk  secara  individu  ini  adalah  antara  teknik  untuk
             mengurangkan  kesakitan  akibat  disk  tergelincir  tengkuk  dan  seterusnya  dapat  merawat  masalah
             kesihatan disk tergelincir ke arah gaya hidup lebih sihat. Pendekatan ini telah diguna ramai pakar luar
             negara seperti Wong et.al. 2017 dan Mckenzie 2013.

             Objektif
             1.   Mengenalpasti  keberkesanan  pocket  senaman  dapat  mengurangkan  kesakitan  dan  merawat
                  disk tergelincir tengkuk.

             Persoalan Kajian
             1.   Adakah pocket senaman dapat mengurangkan kesakitan berpunca disk tergelincir tengkuk.
             2.   Sejauh manakah pocket senaman dapat merawat disk tergelincir tengkuk?

             Skop dan limitasi projek
             Skop kajian ialah terbatas hanya kepada pensyarah IPGKPM yang menderita masalah kesihatan disk
             tergelincir tengkuk ini sejak 2015.

             Metadologi
             Kajian  ini  menggunakan  pendekatan  kualitatif  yang  menggunakan  jenis  kajian  kes.  Kajian  kes
             memerlukan penyiasatan terperinci tentang amalan, budaya atau tingkah laku individu atau kumpulan
             (Yin,  2014  &  Meriam,  2009).  Kajian  kes  bersesuaian  dengan  hasrat  dan  objektif  kajian iaitu iaitu
             untuk  memahami  dan  meneroka  amalan  pendidikan  kesihatan  individu  PST  dalam  mengurangkan
             kesakitan dan merawat disk tergelincir tengkuk dalam konteks kehidupan seharian.
                  Kajian ini menggunakan gabungan model senaman Seth & Jack (2016) dan Mckenzie (2013)
             sebagai panduan dan model-model lain sebagai sokongan untuk membentuk struktur senaman kerana
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121