Page 117 - rise 2017
P. 117

kajian terkini berasaskan model Seth & Jack (2016) digunakan untuk pengidap masalah kesihatan disk
             tergelincir tengkuk.

             Persampelan kajian
             Peserta kajian adalah 2 pensyarah ipgkpm yang telah disahkan mengidap disk tergelincir tengkuk oleh
             pegawai  perubatan.  Pemilihan  peserta  kajian  adalah  berdasarkan  pensampelan  tujuan  (purposive
             sampling)  yang  menepati  sebab  dan  kriteria  khusus  pemilihan  mereka  berdasarkan  permasalahan
             penyelidikan yang hendak dikaji dan dilakukan tinjauan secara mendalam bagi memastikan pemilihan
             yang tepat (Yin, 2014 & Meriam, 2009).

             Alat Pengumpulan data
             Dalam  kajian  ini  data-data  diperoleh  menggunakan  alat  pengumpulan  data  seperti  soalan-soalan
             temubual. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif untuk mendapatkan tema bagi menjawab soalan
             kajian.  Protokal  temubual  kajian  mengikut  komponen-komponen  yang  dicadangkan  oleh  Othman
             (2007).

             Dapatan Kajian

             Pocket terapi senam dapat mengurangkan tahap kesakitan akibat disk tergelincir.
             Terdapat  pelbagai  teknik  untuk  mengurangkan  dan  merawat  kesakitan  disk  tergelincir  tengkuk
             antaranya  melalui  perubatan  atau altenatif.  Rawatan perubatan  seperti  mengambil  ubat tahan sakit,
             suntikan  dan  sebagainya  manakala  rawatan  altenatif  terdiri  dari  fisioterapi  dan  sebagainya.  Pocket
             terapi senam ini antara kaedah mengurangkan kesakitan.

             Alhamdulillah melalui PTS ini saya tidak perlu lagi mengambil pil tahan sakit setiap hari. Pil tahan
             sakit ini menyebabkan anggota badan saya bengkak-bengkak dan lagi menyukarkan pergerakan.
             (R1 P1)

             Ya... ya betul, sebelum menjalankan rawatan PTS, saya sering mengambil pil tahan sakit kadang-
             kadang sampai 3 kali sehari. Selepas mengambil pil ini saya sering mengantuk dan tidur.
             (R2 P2)

             Pada pandangan anda adakah PTS ini dapat merawat disk tergelincir?

             Pada  pandangan  saya  PTS  ini  dapat  merawat  disk  tergelincir,  saya  dicadangkan  oleh  pakar
             perubatan untuk melakukan pembedahan tapi saya tangguhkan.... dan hampir setiap bulan saya akan
             cuti sakit 3-7 hari kerana kesakitan dan tidak mampu melakukan aktiviti harian.
             (R1 P1)

             Hmmm... benar setelah melaksanakan PTS ini saya belum lagi mendapat rawatan di klinik atau pusat
             perubatan  kecuali  temujanji  rawatan  susulan  (pemeriksaan  berkala).  PTS  ini  jika  diamalkan
             berterusan dapat merawat disk tergelincir.
             (R2 P2)

             Pada  pendapat  anda  adakan  PTS  ini  meningkatkan  kualiti  kesihatan  dan  kearah  tahap
             kesihatan lebih baik?

             Ya saya hanya perlu 10 minit saja.... PTS yang dilaksanakan 3 kali sehari saya telah tidak perlu lagi
             menghadiri fisioterapi di Hospital.. saya tidak perlu lagi berulang-alik ke pusat fisioterapi Hospital
             dan ini amat bermakna kepada majikan saya. Tahap kesihatan saya lebih baik, dan saya lebih ceria
             dan sosialisasi saya dengan rakan sekerja lebih baik... ehmmmm  saya dapati saya tidak cepat marah
             / stress.
             (R1 P1)
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122