Page 122 - rise 2017
P. 122
Pembangunan Prototaip Sistem Kawalan Roller Shutter Bengkel Secara Intranet
3
2
1
Ahmad Nazrul Bin Ali @ Yusof , Mohd Saiful Izwan Bin Abdull & Safuraa Binti Mohd Basir
1,2,3 Politeknik Mukah Sarawak
2
3
1
a.nazrul@pmu.edu.my ,saiful@pmu.edu.my , safuraa@pmu.edu.my
Abstrak
Pembangunan Prototaip Sistem Kawalan Roller Shutter Secara Intranet Di Polteknik Mukah (PMU)
dilaksanakan bagi memudahkan kerja-kerja membuka dan menutup roller shutter yang berada di
PMU. Kerja-kerja membuka dan menutup roller shutter di bengkel-bengkel di PMU biasanya
dilakukan oleh penyelia bengkel itu sendiri. Ini menyebabkan penyelia perlu menyediakan masa yang
khusus bagi melakukan kerja tersebut. Prototaip Sistem Kawalan Roller Shutter Secara Intranet ini
dibangunkan dengan menggunakan unit utama iaitu modul pemprosesan Arduino Uno R3. Model ini
adalah sejenis papan pengawal mikro berdasarkan ATmega328P. Arduino ethernet shield
digabungkan bersama dengan Arduino uno R3 yang berfungsi sebagai modul penghubung antara unit
pemprosesan dengan rangkaian melalui arahan pengaturcaraan. Prototaip Sistem Kawalan Roller
Shutter Secara Intranet dengan menggunakan aplikasi telefon pintar yang dibina khusus untuk
prototaip ini. Aplikasi ini dibina dengan perisian yang hanya sesuai bagi pengguna operasi telefon
pintar android. Pembangunan prototaip ini adalah bagi memudahkan penyelia bengkel membuka dan
menutup roller shutter di bengkel secara intranet menggunakan aplikasi yang diwujudkan dalam
telefon pintar dimana ia adalah selari dengan peredaran masa.
Kata Kunci: Roller Shutter, Bengkel, Arduino, Intranet
Pengenalan
Tiga dari lima jabatan di PMU mempunyai bengkel-bengkel utama yang dikelaskan mengikut jenis-
jenis penggunaan mesin yang digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Bagi jabatan
kejuruteraan contohnya Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, kursus yang melibatkan amalan bengkel
adalah Mechanical Workshop Practice 1 (MWP 1), MWP 2, MWP 3, MWP 4 dan Project
2. Kursus berikut akan menggunakan bengkel sepenuhnya yang melibatkan pelajar semester 1
sehingga 6. Bengkel-bengkel yang kerap digunakan bagi tujuan PdP adalah Bengkel Kimpalan &
Fabrikasi Logam (BKFL), Bengkel Foudri (BF) dan Bengkel Mesin (BM)
Setiap bengkel mempunyai pintu jenis roller shutter yang mana terdapat dua cara untuk
membukanya iaitu secara manual dan menggunakan motor elektrik. Kedua-dua cara membuka roller
shutter ini memerlukan penyelia bengkel untuk datang ke bengkel dan membukanya.
Sebelum projek dilaksanakan, menjadi amalan di Politeknik Mukah bahawa penyelia bengkel
akan membuka roller shutter bengkel bagi memudahkan rakan pensyarah melakukan PdP merujuk
kepada jadual penggunaan bengkel atau bergantung kepada permintaan rakan pensyarah untuk
menjalan PdP gantian. Proses PdP tergendala apabila roller shutter lambat untuk dibuka atas sebab
pekara yang tidak dapat di elakkan.
Kebiasaannya masalah yang sentiasa terjadi dikalangan penyelia-penyelia bengkel adalah
kunci pintu bengkel tertinggal dirumah ataupun didalam kereta. Walaupun kunci pendua telah
disediakan di satu tempat khas iaitu di pejabat utama JKM, pekara ini masih juga mengundang
kelewatan masa bagi meneruskan PdP di bengkel.
Maka, tujuan projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem yang dapat membuka dan
menutup roller shutter bengkel secara intranet. Sistem ini akan dibangunkan dengan penggunaan
hardware dan software. Penggunaan hardware yang utama adalah modul pemprosesan yang
mengubungkan diantara hardware dan software. Ia akan dibantu oleh Ethernet Shield bagi
membolehkan sistem ini dapat dihubungkan melalui intranet. Bagi menghantar arahan kepada modul
pemprosesan secara intranet, software ataupun aplikasi telefon pintar dibina dimana ia perlu serasi
diantara modul pemprosesan dan applikasi sistem.