Page 124 - rise 2017
P. 124
Beroperasi dengan kuasa 5-12V, sambungan kepada punca kuasa adalah amat mudah dengan
memperolehi daripada sambungan USB ke komputer, kabel kuasa atau dari bateri 9V. R3 manakala
Jadual I adalah spesifikasi teknikal bagi unit pemprosesan Arduino Uno R3.
Jadual I
Spesifikasi Unit Pemprosesan
Spesifikasi Butiran
Pemprosesan ATmega328P
Voltan Operasi 5V, 7-12V ( disarankan)
Pin Digital I/O 14 (6 adalah untuk output PWM)
Pin PWM Digital I/O 6
Pin Input Analog 6
32 KB (ATmega328P)
Ingatan Flash 0.5 KB digunakan oleh bootloader
SRAM 2 KB (ATmega328P)
EEPROM 1 KB (ATmega328P)
Clock Speed 16 MHz
Unit ke dua adalah modul rangkaian iaitu Arduino Ethernet Shield yang berfungsi sebagai
modul penghubung antara unit pemprosesan dengan rangkaian melalui beberapa arahan
pengaturcaraan. Modul ini berasaskan cip ethernet Wiznet W5100. The Wiznet W5100 menyediakan
rangkaian ( IP) yang memdokong stack kedua-dua TCP dan UDP. Ia menyokong sehingga empat
sambungan soket secara serentak. Modul ini bersambung dengan unit pemprosesan dengan kepala
wire-wrap (Wire-wrap header) [6]. Rajah 3 menunjukkan papan litar untuk sebuah modul Arduino
Ethernet Shield dan Rajah 4 menunjukkan cir-ciri teknikal yang ada pada Ethernet Shield.
Rajah 3: Arduino Ethernet Shield (Arduino, ArduinoEthernetShield, 2013)
Rajah 4: Ciri-ciri yang ada pada Ethernet Shield.
Unit ke tiga dalam perkakasan adalah relay.Relay adalah suis yang beroperasi secara elektrik
dan merupakan komponen elektromekanikal yang terdiri dari 2 bahagian utama iaitu Elektromagnet
(coil) dan Mekanikal (suis sentuh). Relay menggunakan Prinsip Elektromagnetik untuk
menggerakkan suis sentuh dengan arus elektrik yang kecil dan dapat menghantarkan voltan yang lebih
tinggi. Jenis relay yang digunakan dalam pembangunan prototaip ini adalah 4 Channel Relay Modul.
Ia direka untuk berinteraksi dengan modul pemprosesan seperti Arduino dan PIC. Rajah 5
menunjukkan 4 Channel Relay yang digunakan dalam sistem yang dibangunkan. Jadual II
menunjukkan spesifikasi teknikal bagi 4 Channel Relay.