Page 126 - rise 2017
P. 126

Daripada blok rajah di atas, unit pemprosesan akan menerima arahan dari aplikasi android
             secara  intranet  dan  menghantarnya  melalui  server  dengan  menggunakan  Ethernet  shield.  Unit
             pemprosesan akan bertanggungjawab melaksanakan arahan yang  diprogramkan selari dengan arahan
             dari aplikasi android yang dibangunkan. Rajah 8 meunjukkan prototaip akhir yang dihasilkan.











                  Rajah 8: Prototaip Sistem Kawalan Roller Shutter Bengkel Secara Intranet

             Dapatan Kajian
             Sistem ini diujilari di Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam  bagi memastikan ia dapat berfungsi
             seperti  objektif  utama  prototaip  ini  dibina.  Bagi  memudahkan  proses  ujilari,  prototaip  ini
             disambungkan  kepada  12VDC  Motor  dimana  sambungan  litar  dan  keupayaan  relay  adalah  sama
             jika  prototaip ini  menggunakan  motor  roller shutter iaitu  240VAC.Antara  peranti yang diperlukan
             semasa proses ujilari adalah Wireless Modem Router , telifon pintar, switching power supply. Susun
             atur bagi ujilari adalah seperti Rajah 9 dibawah.











                                       Rajah 9 : Susun atur ujilari

             Sebelum ujilari dapat dijalankan, Arduino Uno R3 bersama Ethernet Shield perlu mendapatkan IP
             Address  dari  Wireless  Modem  Router.  IP  Adress  dikenal  pasti  dengan  menggunakkan  perisaian
             Arduino  IDE  setelah  sambungan  Wireless  Modem  Router  dan  protataip  telah  dilakukan.  Setelah
             Ethernet  Shield  mendapat  sambungan  ke  rangkaian,  ia  akan  dapat  menghubungkan  arahan  dari
             aplikasi  telefon  pintar  kepada  Ethernet  Shield.  Keputusan  ujilari  menunjukkan  apabila  suis  diklik
             dari aplikasi  telefon  pintar,  dengan  serta-merta  sistem  akan bertindak  balas  mengikut  arahan  dari
             aplikasi tersebut.Apabila suis indicator atas diklik maka relay
             1 akan dihidupkan. Apabila relay dihidupkan tenaga elektrik yang memberi kuasa pada motor akan
             dapat  disalurkan  maka  motor  akan  berputar.  Begitu  juga  sebaliknya  jika  suis  indicator  bawah
             diklik,motor akan berpusing berlawanan arah dari suis indicator atas. Hasil dari ujilari prototaip ini
             ditunjukkan seperti Jadual III.
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131