Page 123 - rise 2017
P. 123
Metodologi Kajian dan Material
Pembangunan sistem kawalan roller shutter intranet ini berpotensi meningkatkan lagi keberkesananan
prosedur membuka dan menutup roller shutter di mana-mana sahaja serta pada bila- bila masa sahaja.
Selain itu, sistem ini dapat mejimatkan masa penyelia bengkel bagi membuka dan menutup roller
shutter bengkel secara efisyen. Rajah 1 adalah merupakan metodologi kajian yang digunakan dalam
projek ini.
Terdapat tiga komponen utama yang terlibat dalam pembangunan sistem ini iaitu penghasilan
spesifikasi, pembangunan prototaip dan ujikaji di mana peringkat ini dilakukan di bengkel yang telah
dikenal pasti. Bagi reka bentuk awal, ianya adalah peringkat yang amat penting di mana semua
keperluan untuk kajian perlu diambil kira. Ini kerana kehilangan beberapa maklumat dalam peringkat
reka bentuk awal akan memberi kesan kepada peringkat seterusnya dan reka bentuk sistem secara
keseluruhan. Rajah 1 adalah merupakan proses rekabentuk yang digunakan dalam projek ini.
Rajah 1: Proses Rekabentuk (Husin, 2000)
Antara beberapa keperluan merupakan butiran penting ialah seperti bengkel yang dipilih,
hardware dan software yang akan digunakan, keupayaan rangkaian di kawasan bengkel, kemudahan
sedia ada, bekalan kuasa, dan juga elemen persekitaran. Peringkat kedua, iaitu peringkat
pembangunan, maklumat dan parameter-parameter yang dikenal pasti dalam peringkat terdahulu akan
dipertimbangkan dalam parameter reka bentuk. Selepas pembangunan peranti yang dilakukan,
peringkat akhir adalah ujian di mana ia telah dilakukan di bengkel yang telah dikenal pasti.
Hardware & Software
Dalam pembangunan sistem ini, terdapat tiga unit modul utama dalam perkakasan. Unit utama adalah
modul pemprosesan yang digunakan adalah Arduino Uno R3. Gambarajah 4 menunjukkan papan litar
sebuah modul Arduino Uno R3.
Rajah 2: Arduino Uno R3 (Arduino, Introduction of Arduino, 2013)
Model ini adalah sejenis papan pengawal mikro berdasarkan ATmega328P. Ia mempunyai 14
pin digital input / output ( yang mana 6 boleh digunakan sebagai output PWM ), 6 input analog,
kristal kuarza 16 MHz, sambungan USB , bicu kuasa, tandukan ICSP dan butang set semula [5].