Page 127 - rise 2017
P. 127

Jadual III
             Keputusan Ujilari
                           Ujilari              Aplikasi Telefon Pintar   Arah Putaran Motor
              Ujilari 1- Suis  atas  Main Roller
              Shutter diklik
              i) Motor berpusing pada arah lawan  jam
              ii) indaktor suis atas bertukar menjadi
              warna hijau
              iii) Relay 1 dihidupkan


              Ujilari 2-Suis bawah Main Roller
              Shutter diklik
              i) Motor bepusing pada arah jam
              ii)  indaktor suis  bawah  bertukar menjadi
              warna hijau
              iii) Relay 2 dihidupkan



             Perbincangan
             Sasaran  utama  projek  ini  adalah  untuk  membina  satu  sistem  membuka  dan  menutup  roller  shutter
             secara intranet bagi memudahkan proses PdP di PMU. Walaubagaimana, dalam proses menyiapkan
             sistem ini, terdapat cabaran utama yang perlu dihadapi iaitu :

             a) Ketidak-tentuan sumber kuasa
             Ketidak tentuan sumber kuasa di PMU menyebabkan switch rangkaian terpadam. Ini menyebabkan
             signal  arahan  yang  dihantar  dari  aplikasi  telefon  kadang  kala  boleh  tergganggu  dan  menyebabkan
             motor tidak menerima arahan untuk membuka atau menutup roller shutter.Belum ada lagi indikator
             yang dibangunkan bagi menunjukkan respon roller shutter sudah terbuka ataupun tertutup.

             b) Penggunaan model router
             Di setiap bengkel di PMU telah dipasang wi-fi router bagi memberi kemudahan kepada pelajar dan
             pensyarah untuk melayari internet. Akan tetapi hasil dari ujilari prototaip ini, sesetengah model wi-fi
             router tidak dapat memberi IP Adress kepada Ethernet shield.

             c) Rangkaian melalui proxy
             Disebabkan PMU menggunakan proxy sebagai langkah keselamatan rangkaian, maka penyelia perlu
             menukar rangkaian mudah alih telefon pintar kepada rangkaian intranet PMU kerana enthernet shield
             tidak  menyokong  penggunaan  rangkaian  melalui  proxy  dan  ini  menyebabkan  ianya  tidak  boleh
             dikawal melalui internet.

             Kesimpulan
             Sistem  Kawalan  Roller  Shutter  Secara  Intranet  ini  berjaya  dibangunkan  dan  telah  diuji  keboleh-
             gunaannya. Sistem ini akan memberi impak yang besar kepada penyelia-penyelia bengkel di PMU di
             mana ia dapat memudahkan urusan di setiap bengkel. Selain itu, sistem ini akan memberi satu idea
             kepada  penciptaan  sistem  yang  baharu  di  masa  hadapan  dengan  kawalan  secara  intranet  terhadap
             peranti-peranti di tempat kerja ataupun rumah. Lebih utama, ujilari prototaip mendapati bahawa signal
             arahan  akan  dapat  dihantar  melalui  intranet  tidak  kira  dimana  ia  berada  asalkan  menggunakan
             rangkaian yang sama. Ini menunjukkan prototaip ini akan dapat digunakan dimana saja di dalam PMU
             seperti mana tujuan asal projek ini
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132