Page 144 - rise 2017
P. 144

Arduino Trainer PTSB Ver 1.0

                                                                         3,c
                                                     2,b
                                       1, a
                        Mahdzir B. Jamia’an , Zarina Bt Ismail dan Nur Ahyar B. Nordin

                                1,2,3  Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah

                                       b
                                                             c
                      a mahdzir@ptsb.edu.my,  zarina_ismail@ptsb.edu.my,  akhyar@ptsb.edu.my

             Abstrak
             Arduino  adalah  merupakan  papan  mikropengawal  tunggal  untuk  memudahkan  kegunaan  dalam
             penggunaan  pelbagai  disiplin  projek  elektronik.  Perkakasannya  terdiri  daripada  papan  perkakasan
             ‘open  source’  mudah  yang  direkabentuk  bersama  pengawal  mikro  8  bit  Atmel  AVR,  atau  32  bit
             Atmel  ARM.  Arduino  Trainer  PTSV  Ver  1.0  adalah  merupakan  satu  kaedah  pengajaran  yang
             berpusatkan pelajar kerana ianya adalah alat bantu mengajar (ABM) yang direka dalam membantu
             proses pembelajaran  pelajar. Ianya  dilengkapi dengan modul-modul pembelajaran seperti suis, LED,
             pengesan (sensor) , litar geganti dan motor. Kit ini dibangunkan berdasarkan kepada Model ADDIE
             yang mana ianya merangkumi fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian
             kit. Dengan adanya kit ini, dapat menambah keberkesanan pembelajaran teori yang telah dilakukan.
             Arduino ‘trainer’ ini disediakan berdasarkan kepada keperluan kursus berkaitan ‘Embedded System’
             dan juga ‘Embedded Robotic’. Kit ini akan dijalankan berdasarkan kepada modul lembaran kerja yang
             disediakan dan  akan  diaplikasikan  semasa  amali  dijalankan.  Namun  begitu  kit ini juga  turut  boleh
             digunapakai oleh  individu  perseorangan yang tidak mempunyai asas dalam pengaturcaraan kerana
             ianya adalah mesra pengguna kerana disediakan bersama manual penggunaan.
             Kata kunci: Arduino, Kit pembelajaran, ‘Trainer’

             Pengenalan
             Mikro  kawalan  adalah  merupakan  komputer  kecil  pada  litar  bersepadu  tunggal  mengandungi  teras
             pemprosesan,  ingatan,  dan  masukan/keluaran  perisian  yang  boleh  diprogramkan.  Sejak  awal
             pengenalannya,  ianya  telah  digunakan  dalam  hamper  setiap  aplikasi  yang  memerlukan  sistem
             kecerdasan seperti contoh papan paparan, pencetak, papan kekunci, peralatan rumah dan sebagainya.
             Oleh  kerana  potensi  dan  keupaannya  yang  luas,  pelajar  kejuruteraan  seharusnya  menguasainya,
             bersesuaian dengan penggunaanya dalam membina litar projek elektronik dan juga ianya dipelajari
             dalam kelas kursus sistem terbenam dan juga ‘embedded’ robotic. Pengetahuan meggunakan mikro
             kawalan adalah diperlukan untuk pelajar kerana ini dapat membantu mereka dalam membina protoip
             yang mana selalunya diperlukan untuk keperluan projek akhir dan juga mata pelajaran yang berkaitan.
             Sejajar dengan keperluan ini, penyediaan pembelajaran secara interaktif melalui kit ABM ini adalah
             dirasakan  perlu  supaya  proses  penyampaian  ilmu  daripada  tenaga  pengajar  itu  tercapai  secara
             sepenuhnya dan pelajar dapat dapat menguasai ilmu mikro kawalan tersebut. [1] telah menyatakan
             bahawa dengan adanya ABM, penyampaian pengajaran itu akan lebih berkesan dan dapat menarik
             minat pelajar seandainya keterlibatan diri mereka dalam proses pembelajaran tersebut.
                  Penguasaan  konsep  adalah  merupakan  elemen  yang  penting  dalam  proses  pembelajaran.
             Kajian telah dijalankan oleh [2] dan [3] yang menunjukkan penggunaan ‘hand-on’ dapat menbantu
             membina penguasaan konsep. Dan satu kajian telah dijalankan oleh [4], di mana melalui penggunaan
             aktiviti kit litar elektrik yang merupakan salah satu pembelajaran berbentuk ‘hand-on’. Inilah yang
             cuba  diterapkan  melalui  ‘trainer’  ini,  pelajar  akan  merasai  pengalaman  sendiri  mengendalikan  kit
             berdasarkan penguasaan teori yang telah mereka pelajari.
                  Objektif bagi perlaksanaan ‘trainer’ kit ini adalah memudahcara / penambahbaikan kepada
             Pengajaran dan Pembelajaran bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan Sistem Terbenam (Embedded
             System)  dan  Embedded  Robotic  dan  menyediakan  prototaip  berimpak  tinggi  dan  mesra  pengguna
             kepada individu/kumpulan yang mempunyai asas dalam pengaturcaraan ataupun tidak.
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149