Page 145 - rise 2017
P. 145

Sorotan Kajian
             ABM didefinasikan sebagai alat yang digunakan dalam pengajaran dan tidak dibataskan kepada alat-
             alat  yang  biasa  digunakan  seperti  papan  hitam,  gambar-gambar  dan  segala  bentuk  perkakasan  dan
             perisian untuk pengajaran [5]. Teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh pengajar haruslah sesuai
             agar ianya dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat dikalangan pelajar serta menjadikan ianya
             lebih bermakna [6]. Dinyatakan dalam [7], pendidikan kejuruteraan mementingkan pengetahuan dan
             pemahaman konsep atau isi pelajaran adalah daripada penghafalan konsep. Jadi dengan adanya ABM
             yang bersesuaian dapat melahirkan pemikiran yang keatif serta kritis dikalangan pelajar kerana ianya
             dapat  menerangkan  sesuatu  konsep  dengan  lebih  berkesan.  Pengajaran  yang  menggunakan  ABM
             dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar.
                  Pemahaman  terhadap  topik  pelajaran  tertentu  yang  dipelajari  boleh  diperkukuh  dengan
             sokongan bahan bantu belajar yang lain, selain daripada penggunaan buku teks. Penggunaan pelbagai
             media  boleh  dieksploitasi  oleh  murid  asalkan  penggunaan  bahan  tersebut  memenuhi  keperluan
             pembelajaran.  Penggunaan  ABM  dapat  membantu  murid  menguasai  sesuatu  isi  pelajaran  dengan
             pendekatan  yang  bersesuaian  dengan  isi  pelajaran.  Kepelbagaian  bahan  yang  bersesuaian  dengan
             konteks  pembelajaran  yang  dialami  oleh  pelajar,  boleh  membantu  menyelesaikan  masalah
             pembelajaran  mereka[8].  [9]  menyatakan  konsep  bagi  sesuatu  isi  pengajaran  dan  pembelajaran
             disampaikan melalui pelbagai teknik atau kaedah tertentu supaya pembelajaran berlaku dalam masa
             yang  singkat  dan  objektif  pengajaran  dapat  dicapai.  Dinyatakan  juga,  bagi  memastikan  proses
             pengajaran  dan  pembelajaran  dapat  berjalan  dengan  lancar,  alat  bahan  bantu  mengajar  (ABBM)
             memainkan peranan yang penting.
                  Secara  umumnya,  ABBM  boleh  dibahagikan  kepada  dua  jenis  iaitu  media  elektronik  dan
             media bukan elektronik [1]. Media bukan elektronik terdiri daripada buku , modul, majalah, jurnal,
             buku log, carta, papan gulung, kad imbasan dan model serta peralatan yang digunakan dalam sesuatu
             mata  pelajaran  untuk  menyampaikan  isi  pengajaran  mata  pelajaran  tersebut  [1].  Begitu  juga
             dinyatakan oleh [9], sebuah kit pembelajaran boleh mengandungi beberapa bahan seperti video, nota
             edaran, transparensi, cakera padat, slide power point, buku skrap, model dan carta. Menurut [10], kit
             pembelajaran dirumuskan sebagai satu set kelengkapan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran.
             [11]  mentakrifkan  kit  pengajaran  merupakan  satu  kaedah  inovatif  yang  digunakan  sebagai  bahan
             bantu  mengajar,  digunakan  dan  dilaksanakan  oleh  guru  untuk  menjadikan  pengajaran  dan
             pembelajaran lebih mudah dan difahami pelajar. ABM yang diinovasikan ini adalah melalui media
             bukan elektronik, iaitu model dalam bentuk kit.

             Pembangunan Rekabentuk Kit
             Dalam menghasilkan kit yang baik, metodologi yang digunakan seharusnya diketahui dengan baik. Ini
             adalah bertujuan untuk membolehkan proses rekabentuk kit berjalan secara sistematik dan tersusun.
             Dalam  pembangunan  kit  ini,  Model  ADDIE  digunakan  sebagai  panduan  dalam  pembangunan  kit
             Arduino  ini.  Sebagaimana  dinyatakan  oleh  [12],  pendekatan  ini  dapat  membantu  pereka  bentuk
             pengajaran , pembangunan isi kandungan dan tenaga pengajar bagi mereka bentuk pengajaran yang
             berkesan dan efektif. Perkara yang sama juga turut disokong oleh [13], yang menyatakan model ini
             merupakan  antara  model  rekabentuk  yang  sangat  sistematik  dan  efektif.  Secara  keseluruhannya,
             Model ADDIE ini terdiri daripada 5 fasa iaitu : Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan,
             Fasa Perlaksanaan dan Fasa Penilaian.
                  Proses pembangunan kit ini, diterjemahkan kepada kerangka pembinaan kit seperti Rajah 1
             yang diubahsuai daripada Model ADDIE [14]. Dapat dilihat daripada kerangka pembinaan ini, Fasa
             analisis merupakan fasa yang dilakukan bagi mengenal pasti sasaran dan keperluan kit. Fasa ini yang
             akan menentukan keberhasilan yang diperolehi memenuhi apa yang diinginkan oleh pengajar dalam
             membantu pembelajaran pelajar.
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150