Page 149 - rise 2017
P. 149
Rajah 5: Model/prototaip Kit Arduino Trainer PTSB Ver 1.0
Perbincangan
Projek ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangunkan ABM memudahcara / penambahbaikan
kepada Pengajaran dan Pembelajaran bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan Sistem Terbenam
(Embedded System) dan Embedded Robotic. Disamping itu ianya adalah bertujuan menyediakan
prototaip berimpak tinggi dan mesra pengguna kepada individu/kumpulan yang mempunyai asas
dalam pengaturcaraan ataupun tidak. Pendekatan yang digunakan adalah berdasarkan elemen-elemen
‘input’ dan ‘output’ yang dimasukkan dalam model kit yang mana dapat menarik minat pelajar
seterusnya membantu proses pembelajaran mereka.
Dalam membangunkan perisian ABM ini telah memberi satu ruang kepada pembangun untuk
menguji kebolehan serta ketabahan dalam membangunkan satu kit dengan kebolehan yang ada dalam
mencapai objektif projek ini. Strategi-strategi yang dirancang dan dilaksanakan semasa pembangunan
kit Arduino Trainer PTSB Ver 1.0 ini mengambil kira ciri-ciri yang bersesuaian agar ia memberikan
kesan yang mendalam kepada semua pengguna khususnya pelajar. Jika dilihat daripada aspek yang
positif, terdapat beberapa kelebihan yang terdapat di dalam perisian ABM ini. Kelebihan-kelebihan
ini boleh dijadikan sebagai titik mula untuk menghasilkan perisian yang lebih baik dan bermutu pada
masa akan datang.
ABM ini merupakan satu alat bantu mengajar berasaskan sistem terbenam yang merangkumi
isi kandungan pelajaran yang senang difahami dan diikuti, aktiviti yang menarik minat pelajar dan
interaktif, penilaian untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang diajar serta
panduan pengguna untuk memudahkan pengajar menggunakan kit ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajar juga boleh menjalankan aktiviti pengajaran menggunakan kit ini dengan lebih
mudah di mana pengajar boleh memilih topik dan aktiviti.
Kesimpulan
Arduino Trainer PTSB Ver 1.0 ini merupakan salah satu kit ABM pembelajaran, ianya merupakan
perkara yang seharusnya mendapat perhatian pensyarah. [10] telah menyatakan bahawa guru-guru
teknikal juga perlu berusaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui
pengembangan pelbagai ABM supaya dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya sehingga
melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. Arduino Trainer
PTSB Ver 1.0 ini adalah penambah baikan yang boleh dijadikan alat bantuan dalam pembelajaran,
dikembangkan dan diambil manafaatnya bersesuaian dengan keadaan masa, dan tujuan pembelajaran
yang dilakukan. Proses pembelajaran juga menjadi semakin menarik, banyak interaksi secara aktif
berlaku sesama pelajar, dan peningkatan pencapaian pemahaman isi pelajaran yang dipelajari. Prinsip
utama pembelajaran yang paling berkesan adalah pembelajaran yang berdasarkan kepada pengalaman
langsung dan bahan ini seharusnya dipilih bersesuaian dengan bahan atau tajuk yang akan diajari.
Peningkatan keberhasilan kualiti pelajar yang mempunyai kemahiran kendiri telah berlaku, dengan
adanya kegiatan melihat, menyentuh, merasa dan mengalami sendiri pengalaman pembelajaran
tersebut. Dengan adanya kit ini, peranan tenaga pengajar tidaklah tertumpu kepada proses pengajaran