Page 147 - rise 2017
P. 147
Fasa berikutnya adalah fasa rekabentuk, dimana proses ini adalah untuk menentukan hasil
akhir kit memenuhi keperluan pelajar sebagaimana dinyatakan oleh [13]. Fasa ini diterjemahkan
kepada keperluan kit, seperti Rajah 2, ‘input’ dan ‘output’ kepada kit dititik beratkan kerana ini
merupakan perkara penting yang akan pelajar pelajari sejajar dengan penggunaan pengaturcaraan
semasa sesi teori.
Rajah 2: Merekabentuk keperluan kit yang diperlukan untuk masukan dan keluaran.
Fasa pembangunan seperti Rajah 4, adalah proses dimana rekabentuk diterjemahkan kepada
kit sebenar, model ataupun prototaip kit seperti Rajah 5 dibangunkan, dan dibuat penilaian dan diuji
lari untuk melihat sama ada keperluan analisis dan rekabentuk telah dipenuhi. Fasa perlaksanaan
adalah fasa yang keempat, dimana kit ini digunakan oleh tenaga pengajar dan seterusnya dilaksanakan
pengajaran menggunakan kit kepada pelajar. Semasa proses ini, sebarang penambahbaikan dan
permurnian kit dilakukan mengikut kepada kekurangan yang dilihat semasa perlaksanaan dilakukan.
Dan fasa terakhir dalam pembangunan kit ini adalah Fasa Penilaian, dimana ini adalah bagi
memastikan matlamat utama pembangunan kit dan ianya juga adalah bagi memenuhi keperluan
analisis asas kepada ABM yang dikehendaki.
Semasa fasa pembangunan, rekabentuk kepada proses pembangunan diterjemahkan setiap
langkah demi langkah ditunjukkan dalam bentuk carta alir seperti Rajah 3. Manakala aliran perjalanan
cara kerja pembinaan litar kit diterjemahkan kepada bentuk Rajah 4 seperti di bawah ini.