Page 190 - rise 2017
P. 190

Kualiti Udara Dalam Kelas Berhawa Dingin Boleh Mempengaruhi Kesihatan Dan Pretasi
                                       Akademik Pelajar Politeknik

                               Adib Ridhwan Bin Adenan & Mohd Asmadi Bin Idris

                                        Politeknik Merlimau, Melaka

                                        adib_ridhwan@pmm.edu.my
                                               Abstrak
             Kajian terhadap faktor yang mempengaruhi pretasi akademik pelajar secara amnya diukur dari pelbagai
             aspek seperti jantina, pensyarah, bahan mengajar dan sebagainya. Salah satu aspek yang jarang diberi
             perhatian ialah dari segi persekitaran fizikal yang juga boleh memainkan peranan penting dalam
             pencapaian akademik seseorang pelajar. Kajian ini akan menunjukkan bahawa kualiti udara dalam kelas
             berhawa dingin boleh mempengaruhi kesihatan dan akademik pelajar. Kualiti udara yang tidak sihat
             boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti asma, alahan dan juga menyebabkan pelajar
             mengantuk. Masalah-masalah ini akan  meningkatkan ketidakhadiran, hilang fokus didalam kelas dan
             mengurangkan prestasi akademik pelajar. Kajian akan dilakukan dengan menggunakan alat khas untuk
             mengukur kualiti udara dan juga soal selidik terhadap pelajar politeknik Jabatan Kejuruteraan Elektrik
             Politeknik Merlimau.
             Kata kunci : Kualiti udara, pretasi akademik, kesihatan, hilang fokus, ketidakhadiran.

             Pengenalan
             Kualiti udara lazimnya diambil kira dari segi pencemaran udara di luar bangunan. Ramai tidak sedar
             bahawa kualiti udara di dalam sesebuah bangunan khususnya yang berhawa dingin  juga memainkan
             peranan yang penting. Di dalam kajian ini pengkhususan diberikan kepada tahap kualiti udara didalam
             bilik kuliah. Kebanyakkan kajian yang telah dilakukan memberi lebih perhatian terhadap kaedah
             pembelajaran, pensyarah, ujian dan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi pretasi pelajar. Bilik kuliah
             yang mempunyai penyaman udara tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan peredaran udara
             bersih menjadi tidak lengkap dan menyebabkan kadar karbon dioksida yang tinggi. Kandungan dioksida
             yang tinggi ini akan menyebabkan pelajar hilang fokus kerana sering berasa mengantuk. Lebih teruk lagi
             jika kandungan karbon dioksida yang terlalu tinggi akan menyebabkan gangguan kesihatan terhadap
             pelajar dalam jangkamasa yang lama.[1]

             Objektif Kajian
             Membuat kajian terhadap tahap kualiti udara bagi bilik berhawa dingin di Jabatan Kejuruteraan Elektrik
             Politeknik Merlimau dan kesannya terhadapat pretasi pelajar.

             Metodologi
             Kajian soal selidik akan dijalankan untuk mengenalpasti tahap kualiti udara bagi bilik berhawa dingin di
             Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau. Bagi menjalankan kajian ini, pelbagai aspek perlu
             diambil kira. Selain itu, untuk melakukan kajian ini, tempat yang hendak dikaji haruslah ditetapkan
             terlebih dahulu dan mengetahui selok-belok bangunan. Hasil keputusan tersebut akan dianalisa.

             Tinjauan kepuasan pengguna
             Dalam kajian ini, sasaran terdiri daripada 30 responden yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan
             Elektrik di Politeknik Merlimau. Ia tentang persepsi responden terhadap kualiti udara di dalam bilik
             berhawa dingin. Jawapan responden akan mengikut skala iaitu skala 5 = sangat setuju , 4 = setuju , 3 =
             kurang setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak setuju. Pandangan responden penting kerana ia
             menyentuh tentang kesedaran terhadap kualiti udara.

             Pengukuran karbon dioksida
             Pengukuran  karbon  dioksida  diambil  pada  setiap  bilik  kuliah  berhawa  dingin  di  Jabatan  Kejuruteraan
             Elektrik Politeknik Merlimau. Pengukuran yang di ambil dengan menggunakan meter CO2 (Testo 535)
             dan  unitnya parts per million (ppm).[2]
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195