Page 186 - rise 2017
P. 186
Saya memahami perbezaan sistem pembelajaran di sekolah dan di
B8 4.16
Politeknik.
Saya mendapati capaian terhadap bahan pembelajaran adalah lebih
B9 4.12
mudah dicapai melalui kaedah e-learning
Saya dapat menerima perubahan kaedah pembelajaran dari
B10 4.18
konvensional kepada kaedah pembelajaran e-learning
Berdasarkan dari data yang telah diperolehi,didapati bahawa bagi tahap penerimaan
pelajar,Politeknik Hulu Terengganu terhadap perubahan kaedah pembelajaran secara konvensional di
sekolah kepada kaedah pembelajaran e-learning secara atas talian adalah lebih mudah dan
menyeronokkan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di Politeknik. Keterangan ini diperkukuhkan
dengan nilai min sebanyak 4.18 bagi tahap penerimaan pelajar.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pelajar yang terlibat dengan kajian ini
memahami perbezaan sistem pembelajaran secara konvensional di sekolah berbanding dengan sistem
pembelajaran e-learning yang dilakukan secara atas talian di Politeknik Hulu Terengganu dengan nilai
min kedua tertinggi mewakili nilai 4.16.
Hasil kajian juga mendapati, capaian pelajar terhadap bahan pembelajaran dan pengajaran adalah
lebih mudah dicapai melalui kaedah e-learning kerana melalui kaedah ini, Capaian terhadap bahan-bahan
pembelajaran adalah jauh lebih mudah untuk dicapai biarpun pelajar berada di luar sesi pembelajaran dan
pengajaran.
Tahap kemahiran Pelajar
Analisa data daripada soalan selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa tahap kemahiran pelajar
semester 1, Politeknik Hulu Terengganu terhadap penggunaan e-learning di dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut:
Jadual 3
Mengenalpasti tahap kemahiran pelajar semester 1, Politeknik Hulu Terengganu terhadap penggunaan e-
learning di dalam pengajaran dan pembelajaran
SKALA
BAHAGIAN C : TAHAP KEMAHIRAN PELAJAR
Saya suka dan mahir untuk menggunakan aplikasi yang berkaitan
C1 3.85
dengan ICT
Saya boleh mengendalikan aplikasi ICT tanpa sebarang bantuan dari
C2 3.18
orang lain.
Saya bersetuju jika semua kursus yang saya pelajari menggunakan
C3 4.16
platform e-learning
Saya berkemahiran menggunakan aplikasi berkaitan e-learning
C4 3.90
dengan baik
C5 Saya memerlukan latihan dan kemahiran berkaitan e-learning 4.18
Bagi Tahap kemahiran pelajar, didapati hampir keseluruhan pelajar memberi maklumbalas
bahawa mereka memerlukan latihan dan kemahiran berkaitan pembelajaran e-learning secara atas talian
di Politeknik Hulu Terengganu. Melalui data kajian yang diperolehi,nilai min tertnggi dengan nilai 4.18
adalah dari factor keperluan latihan dan kemahiran.Faktor ini didorong oleh hampir keseluruhan pelajar
masih lagi di dalam fasa penyesuain dari kaedah konvensonal kepada kaedah e-learning.
Oleh itu,didapati hampir keseluruhan pelajar semester satu sesi disember 2016 supaya kursus-
kursus yang dipelajari di Politeknik Hulu Terengganu menggunakan platform e-learning secara atas
talian.