Page 185 - rise 2017
P. 185
dan Bahagian D, mengenalpasti faktor - faktor dorongan yang mempengaruhi para pelajar Semester 1
Politeknik Hulu Terengganu untuk menggunakan sistem e-learning.
Analisis Data
Kefahaman pelajar
Analisa data daripada soalan selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar
semester 1, Politeknik Hulu Terengganu terhadap penggunaan e-learning di dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pelajar
Jadual 1
Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar semester satu terhadap perubahan sistem pengajaran dan
pembelajaran di Politeknik Hulu Terengganu
ITEM Min
BAHAGIAN B : KEFAHAMAN
Saya faham tentang penggunaan kaedah pembelajaran e-leaning di
B1 4.12
Politeknik Hulu Terengganu
Saya mengaplikasikan penggunaan sistem e-learning di Politeknik
B2 4.16
Hulu Terengganu dengan baik
B3 Saya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT 3.52
B4 Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ICT 3.33
Saya kurang berminat untuk mengaplikasiakn penggunaan ICT di
B5 2.73
dalam pembelajaran dan pengajaran
Berdasarkan keputusan analisa di jadual 1, didapati bahawa pelajar mempunyai kefahaman yang
baik dalam mengaplikasikan penggunaan sistem pembelajaran e-learning di Politeknik Hulu Terengganu
dengan min sebanyak 4.16.Faktor ini disokong oleh pelajar yang berkemahiran tinggi di dalam bidang
teknologi maklumat.
Selain itu, pelajar juga faham tentang penggunaan kaedah pembelajaran e-learning di Politeknik
Hulu Terengganu sebagaimana yang disarankan oleh menteri pendidikan tinggi seiring dengan peredaran
teknologi masa kini.
Tahap pemahaman yang tinggi pelajar-pelajar ini juga disokong oleh pendedahan awal melalui
sesi taklimat khas berkaitan penggunaan sistem e-learning di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
sewaktu minggu suai kenal sesi disember 2016 Politeknik Hulu Terengganu.
Tahap Penerimaan pelajar
Analisa data daripada soalan selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa tahap penerimaan pelajar
semester 1, Politeknik Hulu Terengganu terhadap penggunaan e-learning di dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut :
Jadual 2
Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar semester satu terhadap perubahan system pengajaran dan
pembelajaran di Politeknik Hulu Terengganu
ITEM Min
BAHAGIAN B : TAHAP PENERIMAAN PELAJAR
Saya menggunakan platform e-learning sebagai salah satu kaedah
B6 4.10
pembelajaran di Politeknik Hulu Terengganu.
Saya menggunakan platform e-learning untuk mendapatkan bahan-
B7 4.06
bahan pembelajaran

